Dark Light

TIPS MEMBELI PENGECAS UNTUK ‘FAST CHARGING’ Leave a comment

Untuk blog kalini, kami nak kongsikan dengan anda tips membeli pengecas untuk telefon fast charging. Macam mana nak membeli pengecas yang support fast charging yang ada pada telefon supaya bila anda cas telefon, battery akan cepat penuh.

Dalam blog sebelum ni, kami telah kongsikan dengan anda 5 Jenis Fast Charging Technology dan jugak blog test kelajuan Fast Charging mana yang paling laju. Jadi anda pastinya sudah tahu fast charging technology apa yang ada pada telefon anda kan…

Fast charging technology:

  • Vooc
  • Qualcomm 3.0
  • Quick Charge
  • Apple Lightning
  • Huawei Supercharge

Untuk aktifkan fast charging, anda perlu gunakan kabel USB dan pengecas yang support fast charging technology, barulah fast charging dapat digunakan.

1. Adapter / Pengecas

Tips membeli pengecas yang paling penting jangan beli adapter yang murah, kerana boleh jadi adapter tu fake. Selalunya ramai yang tertipu bila beli adapter. Nak yang murah tapi nak yang support fast charging. Di kotak adapter ada cakap support fast charging tapi bila cuba cas telefon logo fast charging tak naik.

Maksudnya anda telah tertipu dengan fake adapter fast charging.

Harga adapter tidaklah terlalu mahal, anda juga boleh dapatkan adapter yang support fast charging denga harga bawah RM50.00.

Selain membeli adapter original dari brand telefon tersebut, anda boleh cuba adapter jenama lain yang mana ada support fast charging.

Contohnya beli adapter jenama :

  • TiDik Design model T500
  • LDNIO versi 3.4
  • Ugreen
adapter untuk telefon fast charging
adapter untuk telefon fast charging
adapter untuk telefon fast charging

2. Pengecas kereta

Selalunya car charger banyak digunakan untuk mereka yang takda masa untuk mengecas, boleh jadi mereka seorang pemandu Grab atau sesiapa sahaja yang takda masa untuk cas telefon dan terpaksa cas telefon dalam kereta.

Fast charging for car sangat susah nak dapat sebab kebanyakan car charger tidak support fast charging.

Untuk car charger yang support fast charging, anda akan perasan beza kelajuan cas yang naik, contohnya anda drive ke destinasi dalam masa 30minit sambil cas telefon, battery telefon boleh naik sehingga ke 50%.

Dimana sangat laju, jadi bila sampai di destinasi anda boleh guna telefon tanpa risau batery telefon low.

Anda boleh cuba fast charger for car dari brand:

  • Remax
  • Ugreen
  • TiDiK Design
fast charging for car
fast charger for car
fast charger for car

3. Kabel pengecas

Bila dah ada pengecas yang support fast charging, anda perlu beli juga cable USB yang support fast charging. Baru lah boleh guna fast charging samsung, contohnya anda penguna samsung, atau fast cahrging oppo atau lain-lain lah.

Ramai yang beli cable yang murah, dan mengharapkan cas masuk laju. Itu sangat susah nak dapat.

Tapi untuk harga fast charging cable tidaklah terlalu mahal anda boleh dapat dengan harga RM30 kebawah.

Cable yang support fast charging bukan hanya cable yang original dari jenama brand telefon anda, ada juga cable jenama lain tapi sangat bagus dalam fast charging technology. Dimana cable tersebut boleh support pelbagai jenis fast charging dalam satu cable.

Antara brand yang bagus yang boleh anda cuba:

  • Mcdodo
  • Ugreen
  • TiDiK
cable usb for fast charging
cable usb for fast charging
cable usb for fast charging

Itu sahaja untuk blog kalini, semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close