Dark Light

TIPS MEMBELI DI SHOPEE | ELAK KENA SCAM Leave a comment

Dalam blog kalini, kami nak kongsi dengan anda tips membeli di shopee untuk elak kena scam. Tips kalini sangat penting, sebab hampir semua lapisan masyarakat sudah pandai membeli atas talian.

Jadi penting untuk anda tahu cara terbaik untuk membeli bagi elak kena scam dengan scammer.

Dalam applikasi shopee terdapat macam-macam jenis barangan yang ada, dan pastinya anda boleh bandingkan harga barangan sebelum membeli. Tapi dalam mencari barangan yang murah, perlu berhati-hati dan periksa dulu.

1. PILIH PREFERRED SELLER

TIPS MEMBELI DI SHOPEE | ELAK KENA SCAM

Penting untuk anda beli dari preferred seller. Selalunya preferred seller mempumyai beratus testimoni dan reviews dari pembeli.

Dari testimoni dan reviews tersebut anda boleh lihat rating samada tinggi atau tidak.

Pastinya kalau rating tinggi, ramai pembeli yang berpuas hati dengan produk yang seller jual.

Jadi anda boleh beli dari seller tersebut.

2. BELI DARI SHOPEE MALL

TIPS MEMBELI DI SHOPEE | ELAK KENA SCAM

Shopee mall diwujudkan untuk company yang berdaftar secara sah. Anda boleh lihat pelbagai jenama yang ada di mall turut ada di shopee mall.

Untuk anda yang tidak berkesempatan untuk ke mall boleh terus beli di shopee mall. Kualiti dan barangan adalah sama seperti di mall.

Jadi pastinya anda boleh beli dari shopee mall untuk elak kena scam.

Artikel berkaitan : PANDUAN BELI HANDPHONE MURAH | TIPS BIJAK

3. CHAT SELLER

TIPS MEMBELI DI SHOPEE | ELAK KENA SCAM

Applikasi shopee menaarkan juga untuk anda chat terus ke seller.

Jadi jika anda ada keraguan berkenaan barangan yang hendak dibeli boleh chat seller untuk bertanya sebelum membeli.

Bila chat seller pastikan tunggu seller balas dulu, kalau seller lambat balas sehingga berhari-hari baru balas chat anda. Nasihat saya, anda beli saja dari seller lain.

4. SHOPEE GUARANTEE

Anda tahu tak apa itu shopee guarantee?

Haaaa…

Shopee guarantee ini dicipta oleh shopee untuk elakkan anda dari kena scam.

Fungsi shopee guarantee adalah untuk memastikan barang yang dibeli sampai ke tangan pembeli. Dalam tempoh ini, duit yang dibayar akan dipegang oleh shopee dan bila barang sampai ke tangan pembeli, duit itu akan diberikan kepada seller.

Jadi anda boleh cancel order dalam tempoh itu, dan duit anda akan di refund.

Itu sahaja untuk blog tips membeli di shopee, semoga anda dilindungi dari kena scam dengan orang yang tak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close