Dark Light

TIPS BELI HANDPHONE SECONDHAND Leave a comment

Terdapat banyak telefon secondhand yang ada dipasaran. Pastinya lagi berbaloi untuk beli handphone secondhand kan, dengan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding yang ada di pasaran. Tapi jangan lupa untuk periksa betul-betul sebelum beli handphone secondhand.

Harga yang ditawarkan selalunya murah tapi ingat mungkin handphone yang dijual itu ada masalah atau kerosakkan menyebabkan owner menjual dengan harga murah.

Sebelum anda ditipu atau tertipu, jom kami kongsikan dengan anda tips beli handphone secondhand.

Pros beli handphone secondhand

  1. Harga. Seperti yang kita tahu beli handphone secondhand lebih jimat dari beli telefon baru. Contohnya nilai duit yang sama, tapi bila beli handphone secondhand anda dapat yang spec lagi berbaloi dari beli telefon baru.
  2. Freegift. Selalunya seller akan bagi freegift setiap pembelian contohnya dapat free tempered glass dan casing.
  3. Mentaliti. Korang beli telefon secondhand ke baru ke tak da orang tahu. Pakai telefon secondhand bukannya hina atau salah disisi undang-undang. Jadi anda perlu bertindak bijak dalam membuat keputusan.
TIPS BELI HANDPHONE SECONDHAND

Artikel berkaitan : CARA MENGETAHUI IPHONE ANDA| ORI | CLONE | REFURBISH

Cons beli handphone secondhand

  1. Mudah terdedah dengan kerosakkan atau ditipu. Seperti yang kita tahu, beli telefon secondhand agak risiko. Sebab kita tak tahu kenapa owner nak jual telefon mereka. Telefon tersebut mungkin ada kerosakkan tapi owner tak bagitahu anda.

Tempat terbaik mencari handphone secondhand

  1. Facebook Marketplace. Anda boleh jumpa perlbagai jenis handphone secondhand di dalam facebook marketplace dan yang paling best anda boleh tengok facebook profile seller. jadi ada potensi untuk tahu seller tu scammer atau tidak.
  2. Carousell. Dekat sini pun anda boleh jumpa banyak telefon secondhand dan senang nak tengok harga dan deal dengan seller.

Tips beli hanphone secondhand

Jadi anda dah tahu kelebihan dan kekurang handphone secondhand dan anda juga dah tahu dimana nak cari dan beli telefon secondhand. So tips ini penting untuk anda buat sebelum anda beli handphone secondhand.

  1. Deal handphone secondhand secara COD.

Kenapa anda perlu deals telefon secara COD…..

Jangan beli handphone secondhand atas talian, kemungkinan untuk anda ditipu sangat tinggi. Bila anda dah bersemuka dengan owner anda boleh check sendiri telefon dan tanya serba sedikit kenapa owner nak jual. Dari situ, kita akan jadi lagi yakin untuk buat keputusan samada beli atau tidak.

2. Bawak kawan yang mahir

Penting untuk pergi deals bersama kawan yang mahir….

Elakkan pergi seorang berjumpa dengan seller. Tambah-tambah yang perempuan, bawak teman atau kawan lelaki untuk elakkan sebarang kemungkinan.

Kawan anda juga akan tolong anda check telefon tersebut dengan kemahiran yang dia ada. Jadi pontensi untuk anda ditipu adalah tipis.

3. Check telefon yang hendak dibeli

Antara bahagian yang penting untuk di check adalah

  1. Speaker
  2. Mic
  3. Touch screen
  4. Battery performance
  5. Camera
  6. Charging port
  7. Fingerprint or Face ID atau security function
  8. Wifi
  9. Mobile data
  10. GPS
  11. Personal waranty

Perkara ini perlu dicheck dengan teliti untuk mrngelakkan anda keluar duit lagi untuk baiki telefon tersebut.

Artikel berkaitan : PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBELI TELEFON PINTAR

4. Buat pembayaran semasa deals

Selagi belum jumpa dan check telefon jangan buat apa-apa pembayaran dahulu. Pastikan dah puas hati dengan telefon dan bersetuju nak beli, barulah buat pembayaran. Ini lagi selamat, dari anda buat apa-apa deposit.

Jadi itu sahaja untuk tips beli handphone secondhand, semoga dapat membantu anda untuk buat keputusan.

Dah jumpa handphone yang second yang berkenan, jangan lupa bakcup data. Nanti tak perlu pening nak transfer data ke telefon baru.

Artikel berkaitan: 4 CARA ANDA BOLEH BACKUP DATA IPHONE ANDA

TIPS BELI HANDPHONE SECONDHAND

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close