Dark Light

SKRIN BERGERAK SENDIRI | GHOST TOUCH Leave a comment

Ghost Touch” adalah salah satu masalah pada skrin handphone. Jika kita terjemah maksud ‘Ghost Touch‘ ini membawa maksud sentuhan hantu. Jadi untuk lebih jelas, ‘Ghost Touch’ ini membawa maksud skrin handphone bergerak sendiri.

Anda akan perasan masalah ‘Ghost Touch’ ini bila anda tekan buka aplikasi, tetapi aplikasi lain yang terbuka. Lagi jelas bila anda typing semasa chat, huruf lain yang ditaip. Itu antara masalah yang selalu pelanggan kami mengadu lah.

Pengguna akan jadi stress dengan problem ni.

Jadi harini jom kita lihat punca dan sebab ‘Ghost Touch’ ini terjadi.

Punca ‘Ghost Touch’ pada skrin handphone

1. Retakkan halus

Masalah ‘Ghost Touch’ iaitu skrin bergerak sendiri boleh terjadi disebabkan ada retakkan halus atau kaca pecah pada touch screen.

Masalah retakkan ni mungkin disebabkan handphone itu pernah jatuh atau terkena objek tajam seperti kunci dan duit syiling.

Jadi retakkan halus mungkin mengganggu sensitiviti touch screen telefon anda.

Artikel berkaitan : Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap

2. Arus elektrik bocor

‘Ghost Touch’ ini berlaku kerana ada arus elektrik bocor semasa mengecas.

Arus elektik bocor boleh terjadi disebabkan kerosakkan pada pengecas.

Kebocoran arus boleh mengganggu sensitiviti touch screen. Ini menyebabkan berlaku ‘Ghost Touch’ pada skrin.

Untuk mengelakkan ‘Ghost Touch’ berlaku jika berpunca daripada pengecas, anda boleh try tukar pengecas lain.

Jika problem masih sama, touch screen anda memang dah rosak.

Cara mengatasi skrin telefon bergerak sendiri

Cara paling mudah anda boleh cuba buat, anda boleh cuba cabut skrin tempered glass pada telefon.

Tempered glass pecah boleh mengganggu sensitiviti pada touch screen. Jadi anda boleh cuba buka tempered.

Jika problem ini masih sama, anda terpaksa kena tukar skrin telefon.

SKRIN BERGERAK SENDIRI | GHOST TOUCH

Itu sahaja untuk perkongsiaan masalah skrin handphone bergerak sendiri. Semoga tips ini dapat membantu masalah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close