Dark Light

Sebab Baiki Telefon Harga Katok. 1

Anda mesti rasa tak puas hati kerana rata-rata anda tanya di kedai-kedai dan servis telefon bimbit semuanya harga mahal.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang anda perlu tahu jika anda rasa harga baiki telefon mahal.

1. Caj Perkhidmatan Bukan Harga Barang

Harga baiki telefon adalah caj perkhidmatan ataupun upah baiki telefon. Bukan caj harga barang.

Kalau ikotkan charging pin, untuk baiki masalah charging telefon.

Harga charging pin adalah RM5 sahaja. Tapi proses baiki agak rumit.

Proses untuk baiki charging pin.

1 test charging pin

2 buka telefon dan unscrew charging board.

3 desolder charging pin lama yang rosak.

4 solder charging pin baru yang elok.

5 pasang balik telefon dan charging board.

6 test dan check charging.

Artikel berkait : Oppo A5s LCD Replacement

Kalau ikotkan proses nak baiki telefon. Ianya agak rumit untuk selesaikan masalah telefon charging. Jadi ianya tidak berbaloi untuk caj khidmat kerja dan upah rm10 untuk proses-proses baiki telefon masalah charging.

Jadi, Harga yang dikenakan adalah harga upah dan perkhidmatan baiki telefon, bukan lah harga jual charging pin yang harga RM5.

2. Harga Screen Harga Belakang Parang

Masalah screen ni adalah masalah biasa yang berlaku kerana kita tidak boleh lari dari kecuaian. Jatuh, screen pecah. Alamak.

Perlu faham. Dalam dunia ni, tak ada orang boleh sambung kacagam dan screen boleh cantik macam biasa.

Apa perlu buat? Ganti dengan screen yang baru.

Namun, perlu tahu juga, harga alat ganti screen yang baru bukanlah berharga RM20, bukan Juga RM30.

Purata harga alat ganti screen baru adalah RM150. Ada yang cecah rm300rm600 pun ada. Baru harga alat ganti.

Lagi-lagi harga alat ganti screen yang menggunakan LED.Harga dekat RM1000.

Tu baru harga alat ganti.

Upah pula macam mana?

Tak mungkin baiki screen pecah RM50Harga LCD dan LED pun dah berapa.

Artikel berkait : Huawei P8 Lite LCD Replacement- Cara tukar Skrin

3. Perlu Guna Device.

Perlu guna device. Untuk baiki telefon.

Untuk kes yang macam ni adalah kes telefon yang melibatkan software. Software problemSangkut logoLupa password dan lock google.

Ye, yang repair hanyalah software. Namun , kadang-kadang sesetengah telefon sekarang, tahap security yang canggih menyukarkan pihak juruteknik nak baiki software telefon. Dan ianya memerlukan device dan box yang canggih untuk access dan flash software.

Ada juga device yang memerlukan credit untuk unlock telefon. Dan ada juga sesetengah telefon yang perlu pinout dimana, untuk selesaikan masalah softwareperlu cabut board, sambung pada device dan buat repair software dan unlock.

Jadi untuk repair software yang dilihat hanyalah software dan tiada part yang diganti. Namun ianya agak rumit, perlu masa, perlu kemahiran dan perlu guna alatan tambahan lain untuk selesaikan masalah software ni.

Tak berbaloi dengan masa dan tenaga yang dihabiskan untuk baiki software ini dan dicaj dengan RM10.

4. Kerja Susah Dan Banyak Kerja

Baiki telefon ni adalah kerja susah dan banyak kerja. Nak tukar bateri pun perlu buka cover dan housing. Kadang-kadang ada yang perlu angkat board baru boleh tukar battery.

nak yang lagi best, ada sesetengah model perlu panaskan cover bateri belakang. Dahtu cover plak ada yang kaca. Perlu hati2 nak buka dan nak cungkil cover belakang. Dah setel cabut cover bateri kaca. Baru boleh boleh unscrew board dan tukar bateri.

Oleh itu, nak tukar bateri. Kene panaskan cover belakang. Cabut cover. Unscrew board. Cungkil Screen. Dah tukar bateri. Pasang balik dan glue balik cover belakang.

Ia memerlukan step dan proses yang sukar.

Tak berbaloi untuk caj kerja-kerja sebegitu RM10.

5. Masa Untuk Baiki

Proses baiki telefon memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah telefon. Purata untuk baiki sebuah telefon adalah lebih kurang sejam untuk siapkan telefon.

Untuk baiki telefon yang masalah biasa mungkin sekejap. Namun, ada juga telefon yang kadang-kadang berlaku kesilapan yang menyebabkan masa untuk baiki telefon ditangguh. Ini adalah seperti. Kerosakan dan alat ganti yang tidak berfungsi dengan baik.

Terdapat masalah lain seperti ribbon putus dan spare part tidak ngam dengan telefon yang dibaiki.

Proses yang biasa dilakukan untuk baiki telefon adalah seperti.

1 . troubleshooting

2 . buka telefon

3 . baiki component dan part yang rosak.

4 . pasang balik telefon.

5 . check telefon supaya berfungsi dengan baik.

Namun, ada juga servis provider atau kedai baiki telefon yang membuat troubleshooting percuma. Kami juga buat troubleshooting percuma.

No Fix, No Pay.

Namun, nak baiki, ia perlu masa.

Servis Provider buat kerja baiki 2-3 jam cari penyelesaian telefon dan selesaikan masalah telefon.

Caj RM10 untuk baiki telefon adalah tidak berbaloi.

6. Perlu Kemahiran Tinggi

Nak repair telefon ni perlu kemahiran tinggi.Lagi-lagi telefon yang rosak melibatkan board dan perlu buat advance repairing.

Rosak board, kebiasaanya adalah kerana, masuk airmasalah IC dan juga jatuh.

Harga repair board macam beli baru. Ya macam beli baru. Kalau telefon murah, tak berbaloi untuk baiki.Kalau telefon 2 3 ribu mungkin boleh repair.

Kenapa harga mahal? Sebab susah.

Perlu buat troubleshooting component rosak. Perlu cabut component halus, seperti diodecapacitorIC. Perlu kemahiran microsoldering. Perlu guna alat-alat advance repairing.

Jadi ia memerlukan kemahiran dan perlu masa untuk proses-proses repair telefon rosak board.

Tak berbaloi untuk repair board RM50 dengan masa untuk cari component bermasalah dan juga buat proses baiki melibatkan component halus seperti diode dan IC.

6 sebab harga baiki telefon mahal

One Comment

  1. Hi,saya nak tanya harga baiki telefon skrin yang gelap dan bateri kembung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close