RANGKAIAN 5G UNTUK IPHONE Leave a comment

Rangkaian 5g di Malaysia kini telah tersedia di sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur. Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd menjadi dua pengendali telekomunikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan rangkaian 5g ini.

Dalam pengenalan rangkaian 5g di malaysia, mesti ramai yang menantikan berkenaan device atau peranti mana yang mampu menyokong 5g. Sehubungan dengan itu, Digital Nasional Berhad (DNB) menyediakan satu laman sesawang khas untuk mereka menyemak peranti yang mampu menyokong 5g.

Antara peranti yang menyokong liputan rangkaian 5g ialah:

  • Honor
  • Huawei
  • Nokia
  • Realme
  • Oppo
  • Sebahagian peranti Samsung
  • Vivo
  • Xiomi
  • Zte

DNB menyasarkan supaya lebih banyak peranti jenama lain seperti:

  • Apple
  • Motorola
  • Asus
  • TCL
  • sebahagian lagi peranti Samsung

untuk mampu menyokong rangkaian 5g.

Dengan ini juga, pengguna peranti Apple terutamanya iPhone 13 Pro Max, iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 12 Pro Max, iPhone 12 atau iPhone 12 mini perlu menanti sehingga tahun 2022 untuk merasai dan menguji rangkain 5g di telefon anda.

Dalam pada itu, kerajaan juga telah melancarkan program “JENDELA” untuk menyelesaikan masalah liputan rangkaian di kawasan luar bandar.

Kerajaan telah cuba membantu masyarakat di kawasan luar bandar supaya dapat mengakses internet dengan laju, dengan menamatkan rangkaian 2g dan 3g yang bakal berkuatkuasa hujung tahun ini. Ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi rangkaian 4g dan membina asas yang kukuh untuk rangkaian 5g.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close