Sangkut logo dimana skrin telefon anda tak boleh dihidupkan dan yang ada pada skrin cuma gambar logo. Masalah ini sangat familiar dan sering terjadi kepada pengguna telefon pintar.
Selalunya sangkut logo boleh terjadi pada mana-mana jenama telefon, tak kira pengguna iphone atau android.
Dalam blog kalini, kami nak kongsikan dengan anda 3 punca menyebabkan telefon anda sangkut logo.
Punca 1 : Battery
Punca telefon anda sangkut logo boleh terjadi disebabkan bateri telefon dah kondem. Contohnya, bila telefon anda mati sebab habis bateri dan anda cuba cas balik. Skrin anda akan sangkut pada logo walaupun dah berjam-jam cas telefon. Ini mungkin disebabkan bateri telefon anda sangat lemah dan tak mampu untuk hidupkan telefon itu.
Jadi untuk masalah sangkut logo, technician kami selalunya akan cuba check battery performance. Jika voltage bateri bawah dari limitnya kemungkinan sangkut logo disebabkan masalah bateri kong.
Solusinya anda cuma perlu tukar bateri baru dan telefon anda boleh digunakan seperti biasa. Anda tidak perlu risau data telefon anda hilang.

Punca 2 : Software Breakdown
Masalah telefon sangkut logo boleh terjadi disebabkan software breakdown.
Macamana boleh terjadi software breakdown??’
Software breakdown selalunya terjadi disebabkan terdapat interruption atau gangguan pada software update.
Masalah in sering terjadi pada pengguna iphone terutamanya dan turut terjadi pada pengguna android.
Hal ini terjadi bila anda updata software dengan keadaan internet kurang stabil dan mengganggu proses update software, jadi penting untuk anda pastikan internet connection stabil sebelum update ios atau android version yang baru.
Selalunya untuk masalah software breakdown, technician akan cuba restore balik tanpa hilangkan data. Jika tak berjaya, technician akan cuba masukkan program baru ke dalam telefon dan kemungkinan besar data dalam telefon akan hilang.
Jadi rajin-rajin lah backup data whatsapp atau telefon anda supaya data anda sentiasa selamat.

Artikel berkaitan : CARA BACKUP WHATSAPP | ANDROID
Punca 3 : Button Jem
Punca button jem juga boleh menyebabkan sangkut logo. Contohnya power button jem, jadi telefon anda sentiasa restart.
Bukan hanya power button, volume button jem jugak boleh menyebabkan sangkut logo.
Untuk masalah button jem memang tak ada cara lain selain baiki button dulu. Bila dah baiki button selalunya telefon akan baik seperti sedia kala dan boleh digunakan seperti biasa.
Artikel berkaitan : Oppo A33 Power Button Repair
Itu sahaja untuk tips kalini, untuk tahu lebih detail masalah telefon anda boleh terus ke kedai baiki telefon berdekatan dengan anda.
Semoga membantu.