Punca iphone anda cepat panas bergantung pada cara penggunaannya.
Jom check apa tabiat buruk yang anda selalu buat, yang mana tidak bagus untuk telefon anda. Sekali itu, kami kongsikan tips utntuk mengatasi masalah iphone cepat panas.
Penting untuk anda tahu cara dan tips penjagaan telefon, supaya telefon anda tidak ada apa-apa masalah.
Artikel berkaitan : 6 TIPS PENGGUNAAN TELEFON
1. Prosessor bekerja berat
Iphone terkenal dengan smartphone yang tak lag, bila guna iphone smooth ja kan. Tapi perasan tak, bila nak meng’edit’ atau transfer video 4k, iphone anda akan rasa panas.
Tambah lagi bila anda main game yang memerlukan penggunaan bateri yang tinggi dan memaksa pemproses bekerja pada tahap maksimum, seperti Fortnite, Pokémon GO atau Call of Duty: Mobile.

Memang cepat panas la iphone anda.
Itu kerana prosessor dalam iphone itu dikerah untuk bekerja berat. Jadi makin banyak input nak proses makin banyak lah haba yang terhasil.
Iphone menggunakan prosessor dari jenama Apple sendiri dan cuma terdapat untuk smartphone iphone sahaja. Untuk iphone latest mungkin kebanyakkan menggunakan Bionic chip.
2. Cas sambil bermain iphone
Yang ini selalu anda buatkan, cas iphone anda sambil bermain.
Betul tak?
Apa yang anda perlu tahu, bila anda cas telefon, bateri akan jadi sangat lemah dari yang selalu. Dan pastinya semasa mengecas akan terhasil haba, telefon anda akan terasa panas sikit.
Iphone akan jadi makin panas bila cas sambil bermain.
3. Menggunakan GPS terlalu lama

Penggunaan GPS terlalu lama sehingga berjam-jam akan membuatkan iphone anda panas.
Telefon anda akan terus berkerja untuk update navigation GPS terkini sepanjang GPS dibuka. Jadi tutup GPS telefon anda, jika tidak diguna. Jika perlu menggunakan GPS sahaja anda buka.
Ini dapat mengelakkan iphone anda dari terus bekerja sepanjang masa.
4. Streaming video HD

Aktiviti streaming video atau marathon K-drama sampai ke pagi akan buat iphone anda panas. Pastinya skrin telefon akan sentiasa menyala dan CPU akan senstiasa berkerja sepanjang stream video.
Untuk stream video pakai smartphone akan buat prosessor berkerja keras untuk proses input. Peningkatan tempoh penggunaan akan menyebabkan makin banyak haba yang terhasil. Jadi bateri telefon akan cepat habis dan telefon akan panas.
5. Background Activities
Background activities selalunya akan buat telefon anda sentiasa bekerja sepanjang masa. Contohnya, aplikasi itu akan sentiasa running dan menghantar notifikasi ke telefon anda berkenaan promosi atau update dan macam-macam lagi.
Cara yang terbaik anda boleh tutup running background activities dan uninstall aplikasi yang jarang diguna. Hal ini bagus untuk elakkan iphone anda bekerja sepanjang masa.
6. Kerosakkan bateri
Kerosakan bateri akan buat iphone anda panas. Masalah bateri tak stabil atau bateri bocor sangat bahaya, sehingga boleh buat telefon anda meletup.
Jangan ambil risiko untuk menggunakan telefon ni, matikan telefon dan tukar bateri dahulu sebelum guna balik.
Itu sahaja untuk punca iphone cepat panas, sekarang jom lihat apa cara yang terbaik untuk mengatasi maslaah iphone cepat panas.
Cara mengatasi iphone cepat panas
- Kurangkan kecerahan ‘Brightness’ skrin telefon.
- Guna GPS semasa perlu dan tutup jika tidak digunakan.
- Jangan buka semua aplikasi dalam satu masa.
Langkah semasa telefon panas.
- Buka casing dari telefon.
- Tutup semua aplikasi
- Buang aplikasi yang tidak perlu
- Tutup Bluetooth
- Biarkan bateri telefon penuh, baru guna.
Itu sahaja untuk perkongsian kalini, semoga dapat membantu anda yang ada masalah iphone cepat panas. Jumpa lagi.