Program perlaksanaan rangkaian 5g di Malaysia telah diperkenalakn oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Pastinya dengan rangkaian 5g akan merancakkan lagi sistem telekomunikasi dan teknologi dalam negara.
Dengan pertumbuhan peranti Internet of Things (IoT) dan perkembangan pesat pengguna smartphone, industri teknologi dan mudah alih memerlukan perancangan yang mantap untuk memenuhi keperluan pengguna.
Apa itu rangkaian 5G ?

Dalam masa kita rancak bercerita dan menantikan perlaksanaan liputan rangkaian 5g di malaysia, adakah kita tahu apa itu sebenarnya 5g.
Dalam bahasa mudah 5g adalah generasi ke-5 dalam teknologi celular. Seperti yang kita tahu rangkaian 4g menggunakan liputan rangkaian Long Term Evolution (LTE). Jadi ntuk rangkaian 5g, standart yang dipilih ialah NR iaitu bermaksud ‘New Radio’.
Kelebihan perlaksaan rangkaian 5g di Malaysia
1. Kelajuan

Rangkaian 5g dijangka akan meningkatkan kelajuan internet kepada semua pengguna mudah-alih. Secara theory kelajuan minimum sekitar 10 Gbps dan kelajuan maksimum untuk rangkaian 5g ini mampu mencecah sehingga 100 Gbps.
Tidak dapat dinafikan, penggunaan rangkaian 4g adalah baik-baik sahaja. Anda mampu menggunakan rangkaian 4g untuk aktiviti seharian seperti melayari laman web, atau layan media sosial hingga ke pagi tapi selepas ini anda mampu melayari internet dengan 100x ganda lagi laju berbanding sebelum ini.
2. Kecepatan upload

Dengan rangkaian 4g kelajuan yang diambil untuk mengupload ialah 17.7 mbps. Berbeza dengan rangkaian 5g kecepatan upload boleh mencapai 23.7 mbps. Dimana masa yang diambil untuk upload file atau video sangat laju.
3. Kekuatan signal

Rangkaian 5g menggunakan gelombang yang lebih pendek berbanding 4g. Jadi kekuatan signal akan lebih stabil dan tidak mudah terganggu. Berbeza dengan rangkaian 4g yang menggunakan gelombang yang lebih panjang, Dimana sistem rangkaian tidak teratur dan berpotensi membuang tenaga dari pemancar.
Manfaat 5g
Terdapat banyak manfaat dari pengenalan 5g ini sendiri, terumata sekali pada zaman sekarang hampir 90% pengguna smart phone menggunakan rangkaian internet untuk berhubung. Dengan kelajuan internet yang ambik kurang dari 1 saat jeda, pengguna dapat berhubung tanpa rasa lag atau tersangkut.
Penggunaan Internet of Things (IoT) akan lebih meluas sesuai dengan teknologi sekarang. Pengguna dapat menggunakan pelbagai alat smart home yang mana dapat membantu mereka di rumah.
Selain itu, dari segi perubatan. Doktor pakar boleh mengendalikan pembedahan secara online. Dimana pesakit dan doktor berada di tempat yang berbeza.
Artikel berkaitan ; RANGKAIAN 5G UNTUK IPHONE
Itu sahaja untuk info pengenalan 5g dan manfaatnya kepada semua masyarakat.