Ramai pengguna android tidak ambil tahu kepentingan gmail yang mereka daftar masa pertama kali daftar akaun telefon baru.
Ada juga kes dimana pengguna beli telefon di kedai, dan pihak kedai tolong setupkan telefon sehingga berjaya digunakan. Bila pihak kedai register email, sah-sah pengguna tak tahu apa email dan password yang digunakan.
Jadi dalam blog kalini, kami akan kongsikan dengan anda kepentingan untuk anda tahu dan ingat akaun gmail.
Apa itu akaun gmail?
Akaun Gmail adalah email akaun yang biasa anda guna untuk akses ke Google Product. Yang mana mengandungi alamat email dan kata laluan.
Contoh : Alamat email, example@gmail.com; katalaluan, 123abc_
1. Akaun Gmail penting untuk akses ke Google Product
Untuk akses ke Google Product anda cuma perlu log masuk ke akaun gmail dan semua google product akan sync.
Contoh Google Product:
- Youtube
- Google Drive
- Google Classroom
- Google Meet
- Google Sheet
- Google Photos
- Google Playstore
Dan banyak lagi google product yang anda boleh akses.

Apa yang best, bila anda register gmail account, anda boleh dapat free storage space sebanyak 15GB. Anda boleh simpan file ke dalam akaun gmail dan tentunya file anda akan selamat.
Artikel berkaitan : 3 Cara Backup dan Simpan File Dalam Telefon
Dan
Yang paling best, bila anda ingat gmail akaun, anda boleh log masuk gmail akaun ke mana-mana device dan segala history, gambar dan data akan sync dan boleh diakses di dalam device tersebut.
Contohnya, anda log masuk gmail akaun ke telefon baru. Anda boleh akses Google Drive seperti biasa. Jadi anda takda masalah untuk simpan file dan data dalam google drive, selagi anda ingat gmail akaun dan password.
2. Akaun Gmail penting untuk Android Phone Security
Pelanggan yang beli telefon di kedai dan bagi pihak kedai setupkan akaun gmail, dan download aplikasi siap-siap supaya boleh guna, akan hadapi masalah…
Bila….
Telefon terlock dan lupa password.
Telefon perlu di reset , bila reset telefon ada 1 lock lagi yang perlu unlock, iaitu gmail lock.
Jadi technician akan minta akaun gmail dan password yang pernah log in ke dalam telefon ini, untuk unlock.
Telefon Android sekarang dilengkapi dengan privasi keselamatan yang lebih ketat. Dimana untuk reset telefon, perlu masukkan gmail akaun, kalau gagal telefon akan dilock.
Privasi keselamatan pada Android Phone adalah untuk menjaga telefon anda dari hilang atau dicuri. Bila telefon anda hilang, anda boleh track my device on google. Anda cuma perlu log masuk gmail akaun dan start track.
Pastinya untuk track telefon anda ada beberapa syarat bagi memastikan location boleh dikesan.
Syarat :
- Open Location di telefon
- Telefon ada internet

Dan yang kedua, anda boleh remote reset. Contohnya anda lupa password telefon dan telefon anda dilock, anda boleh guna remote reset dengan log masuk ke gmail akaun anda boleh reset password dengan find my device dan reset.
Bagi kes kecurian, pencuri terpaksa ke kedai baiki telefon untuk pecahkan kata laluan, dan pastinya akan kantoi jika telefon itu telefon curi.
3. Gmail digunakan untuk daftar akaun dalam sistem internet
Gmail selalunya digunakan untuk verify akaun dan retrieve paasword.
Untuk pengguna yang lupa password akaun dalam sistem internet, mereka boleh request reset password dan link reset password akan dihantar ke gmail akaun.
Akaun dalam sistem internet :
Sosial Media
- Instragram
- Tiktok
Pertal Kerajaan
- LHDN
- SPA9
E-commerce
- Shopee
- Lazada
- Zalora
Jadi semua akaun dalam sistem internet akan verify email bagi menghantar email notification, reset password link, delivery status dan banyak lagi.

Jadi sekian 3 sebab kenapa akaun gmail penting untuk anda ingat dan tahu. Semoga perkongsian kalini boleh memberi manfaat.