Dalam mencari telefon yang murah anda perlu teliti agar telefon yang dibeli berbaloi dan sesuai untuk kegunaan anda. Panduan beli handphone murah ini sangat sesuai untuk anda yang nak berjimat tapi bijak memilih.
Terdapat pelbagai jenama dan model telefon yang ada di pasaran, jadi pastinya lebih senang untuk anda membuat pilihan mengikut bajet yang ditetapkan.
Artikel berkaitan : 5 TELEFON BUDGET RM500 | EDISI 2022
Apa-apa pun jom ikuti panduan beli handphone murah dibawah:
1. Sparepart availability

Selain memilih harga handphone yang murah, anda perlu semak sparepart availability di pasaran. Ada sesetengah handphone yang murah tapi susah untuk dapatkan sparepart. Jadi jika berlaku kerosakkan, skrin pecah atau bateri kong dan macam-macam masalah lagi, peluang untuk baiki telefon anda tipis. Dan yang paling tak best, bila sparepart susah nak dapat, pastinya harga dan kos repair telefon akan melonjak naik.
Jadi penting untuk anda beli handphone murah dengan sparepart availability yang mudah didapati. Jika berlaku kerosakkan telefon anda boleh dibaiki.
2. Clone atau tak
Jangan beli telefon yang terlalu murah, kerana telefon itu mungkin telefon clone. Elakkan beli hanpdphone klon sebab system dan perisian yang ada mungkin tidak sama seperti yang dinyatakan. Contohnya pada kotak telefon tertera storage telefon adalah 64Gb dan ternyata storage sebenar cuma 16Gb.
Banyak jugak keburukkan lain bila anda beli telefon klon, jadi penting untuk anda tahu telefon itu clone atau tak. Supaya anda tidak tertipu dengan penjual.
Selalunya telefon klon akan dijual dengan harga yang tak masuk akal, sebagai contoh telefon itu berharga 1k dipasaran tapi cuma dijual 300 ratus ringgit.
3. Brand dikenali
Panduan ketiga untuk beli handphone murah dengan beli handphone dari brand dikenali. Penting untuk beli dari brand dikenali, contohnya :
- Oppo
- Vivo
- Realme
- Redmi
- Samsung
dan banyak lagi.
Bila anda beli telefon dari brand yang dikenali potensi untuk dapatkan sparepart dan proses baiki telefon anda akan lebih mudah. Bukan itu sahaja, selalunya brand seperti diatas ada menawarkan waranty jika berlaku sesuatu pada telefon.
Berbeza bila anda beli telefon import contohnya dari china dimana model yang jarang dipakai di Malaysia. Bukan sahaja masalah sparepart yang susah dicari, banyak juga masalah lain yang menyebabkan anda terpaksa buang telefon tersebut jika ada kerosakkan.
4. Support Center yang berhampiran
Panduan terakhir beli handphone murah ialah dengan beli telefon yang mempunyai support center yang berhampiran. Jika berlaku apa-apa atau ada pertanyaan boleh terus ke support center.
Jadi anda tak perlu pening untuk contact supplier atau seller untuk tahu berkenaan masalah telefon.
Support center akan menolong anda contohnya claim waranty dan banyak lagi.
Sekian itu sahaja panduan untuk beli handphone murah. Jangan lupa ikut langkah ini untuk tips bijak dalam membeli handphone.