KESAN TELEFON HILANG DI GOOGLE FIND MY DEVICE Leave a comment

Bagi pengguna telefon Android, anda perlu baca tips ini sampai habis.

Telefon hilang boleh jadi anda lupa kat mana letak telefon, mungkin tertinggal dimana-mana, tercicir atau telefon anda dicuri.

Jika anda tidak mengesan telefon dengan lebih awal, kemungkinan besar telefon anda akan dijumpai oleh orang lain.

Pastinya anda risau segala data peribadi dalam telefon akan turut hilang bersama telefon kan…

Dan yang paling tak best bila telefon dijumpai oleh orang yang tak bertanggungjawab, risau gambar dan data peribadi akan dimanipulasikan.

Untuk blog kalini kami akan berkongsi dengan anda cara mudah untuk mengesan telefon Android anda di Google Find My Device. Tips ini sangat berguna yang mana anda boleh track telefon dan dapatkan balik.

1. Guna Gmail

Anda boleh mengesan telefon hilang menggunakan gmail akaun. Dengan syarat anda perlu ingat alamat gmail dan katalaluan akaun gmail yang pernah login di telefon tersebut.

Artikel Berkaitan : PENTING UNTUK ANDA TAHU DAN INGAT AKAUN GMAIL

Apa anda perlu buat log masuk gmail akaun amda di peranti lain. Pastikan log masuk email akaun dulu di google akaun dan buka Google Find My Device.

Link Google Find My Device

KESAN TELEFON HILANG DI GOOGLE FIND MY DEVICE

Sekarang anda boleh track atau kesan lokasi telefon android anda yang hilang.

Tetapi dengan syarat telefon hilang :

  1. Perlu aktif internet
  2. Turn ON GPS

Dalam Google Find My Device terdapat 3 fungsi yang boleh anda guna.

KESAN TELEFON HILANG DI GOOGLE FIND MY DEVICE

1) Play Sound

Fungsi yang pertama anda boleh play sound.

Contohnya, anda perasan telefon anda hilang dan mula mencari di sekeliling anda tapi tetap tak jumpa, jadi anda boleh guna telefon satu lagi, untuk buka Google Find My Device dan tekan play sound.

Telefon anda akan berbunyi walaupun telefon silent. Jadi memudahkan untuk anda cari telefon anda.

2) Secure Device

Fungsi secure device, anda boleh leave a message kepada orang yang jumpa telefon anda untuk call anda balik.

Jadi jika ada orang yang jumpa telefon anda, mereka boleh hubungi anda untuk bagi balik telefon.

KESAN TELEFON HILANG DI GOOGLE FIND MY DEVICE

3) Erase Device

Untuk fungsi erase device, contohnya anda rasa telefon hilang dah dijumpai orang dan takkan dapat balik telefon. Anda boleh reset telefon.

Bila reset segala data peribadi, gambar atau akaun sosial anda akan hilang. Jadi orang yang menjumpai telefon anda tidak dapat guna data peribadi anda.

2. Muat Turun / Donwload Applikasi Find My Device

Selain buka di Google Find My Device anda boleh download applikasi Find My Device di Google Play Store.

Fungsi dan cara menggunakan applikasi ini adalah sama seperti di Website.

Dimana anda boleh mengesan lokasi telefon.

Sekian untuk blog kalini, semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close