Dark Light

IPHONE 8 PLUS BAIKI KAMERA BLUR Leave a comment

Untuk blog kalini, kami nak berkongsi dengan anda, masalah yang sering berlaku bagi pengguna iphone iaitu masalah kamera. Agak – agak anda berapa kos baiki camera..

Jadi harini pelangan kami datang ke Bomomobile, untuk baiki masalah kamera blur telefon iphone 8plus.

#1 KENAL PASTI MASALAH

Camera iphone 8plus, didatangkan dengan dua kamera belakang 12megapixel yang membolehkan anda zoom 2x lagi dekat dengan jelas tanpa merosakkan kualiti gambar.

Iphone 8plus juga ada potrait mode, yang mana lens perlu fokus pada object dan blur pada background.

Jadi bila ada masalah kamera, blur atau auto-focus gagal berfungsi memang akan mengganggu mood untuk anda tangkap gambar sebab gambar akan jadi blur dan tak dapat fokus objek.

Jadi iphone 8plus ini ada masalah kamera blur dan tak dapat fokus object.

Artikel berkaitan : GALAXY NOTE 3 CHARGING REPAIR

#2 PUNCA BERLAKU KAMERA BLUR

Selalunya masalah kamera blur dan auto-focus fail berlaku disebabkan:

  1. LENS PECAH
  2. KAMERA KOTOR

Kenapa boleh lens telefon anda pecah, mungkin disebabkan telefon anda terjatuh dan kena hentakan yang kuat pada camera.

Satu lagi punca kamera blur, disebabkan kamera anda kotor. Mungkin kamera anda ada masuk air dan mengganggu lens untuk detect object. Jadi gambar akan blur dan tak cantik.

#3 PENYELESAIAN MASALAH KAMERA BLUR

Telefon ini akan dibuka dan lens kamera perlu ditukar disebabkan lens telah pecah. Selepas tukar lens, kamera akan dibersihkan untuk buang habuk dan cuci bahagian camera kotor. Proses ini mungkin akan susah untuk yang buat cuba buka sendiri, jadi bagi yang tak pasti boleh bawa ke kedai berdekatan anda dan technician akan selesaikan masalah kamera blur.

Jadi iphone 8plus ini telah berjaya tukar kamera lens dan masalah kamera blur tiada lagi.

iphone 8 plus camera blur

Harga untuk baiki camera blur untuk iphone 8 agak mahal bergantung dengan dia punya harga sparepart dipasaran. Semoga blog ini membantu anda. Jumpa lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close