Untuk blog kalini, kami nak berkongsi dengan anda, masalah yang sering berlaku bagi pengguna iphone iaitu masalah skrin telefon pecah. Agak – agak anda berapa kos baiki skrin telefon untuk iPhone..
Bila cerita kos baiki skrin, memang terus pening dengar harga yang ditawarkan oleh technician kan. Sebelum tu kami kongsi cara baiki skrin iPhone 8 dan baru anda decide berbaloi ke harga dan servis yang dibuat.
Kenal pasti masalah
Jadi boleh nampak skrin telefon iPhone ini ada retak dan pecah, tapi skrin telefon masih menyala. Pelangan kami mengadu telefon ini boleh guna, cuma susah untuk touch.
Jadi masalah skrin telefon ada banyak jenis :
- ghost touch
- pecah
- crack
- blank (gelap)
untuk masalah ini boleh jadi, skrin telefon dah pecah jadi touch skrin jadi kurang sensitif.
ARTIKEL BERKAITAN : 4 TANDA ANDA PATUT TUKAR SKRIN LCD TELEFON
Penyelesaian
Jadi technician kami terus ke proses repair. Apa yang technician akan buat, technician akan cabut skru bawah (bottom screw) pada iPhone 8.
LCD akan dibuka dan remove skru braket untuk battery.
Sebelum cabut skrin pastikan unplug battery connector dan LCD connector untuk pastikan tiada berlaku short circuit.
Sambungkan skrin baru untuk testing. Pastikan skrin baru boleh disentuh, tidak gelap atau berkelip dan smooth. Bila dah confirm skrin baru dalam keadaan baik, pasang semula .
ARTIKEL BERKAITAN : OPPO A5s LCD Replacement
Hasil
Hasilnya skrin telefon iPhone 8 dah selamat dibaiki dah boleh digunakan seperti sedia kala.

Harga baiki skrin bergantung pada jenis skrin dan jenis telefon. Jadi harga baiki berubah dan tidak sama. Untuk tahu lebih lanjut kos baiki skrin telefon anda, boleh kedai baiki telefon berdekatan dengan anda. Semoga bermanfaat.