Bagi pengguna smartphone Xiaomi antaranya MI POCO, Black Shark dan pelbagai model lagi yang ada di pasaran, anda pasti sudah daftar MI account, tapi tahu tak apa fungsi kepentingan MI account ni??
Bagi sesetengah pengguna yang baru sahaja membeli smartphone Xiaomi, MI account ini sama seperti Apple ID untuk pengguna Iphone.
Artikel berkaitan: PENTING UNTUK ANDA TAHU DAN INGAT AKAUN GMAIL
Dimana anda boleh simpan dokumen, file, gambar, audio dan video ke dalam MI account.
Untuk mengakses data dan file yang disimpan, anda cuma perlu login MI account di peranti lain atau website.
Jadi jom kita lihat apa fungsi MI account ini,. adakah sangat penting dan berguna…..
1. Synchronize Data Peribadi ke Server Xiaomi
Pengguna Xiaomi boleh akses server MIUI dimana semua data dan file akan disimpan di sini. Apa yang menarik Xiaomi menawarkan 5GB storage percuma kepada setiap MI account.
Jadi pengguna Xiaomi boleh restore dan backup data serta file seperti document penting, gambar dan video ke dalam MI account.
Sistem ini sama seperti google drive, dimana anda boleh login di peranti lain dan akses file yang ada dalam MI account tersebut.
Artikel Berkaitan : 3 Cara Backup dan Simpan File Dalam Telefon
Best kan…
2. Security ( Keselamatan Telefon )
Fungsi lain MI account yang ada pada smartphone Xiaomi adalah untuk keselamatan. Dimana jika berlaku perkara yang tak diingini pada smartphone Xiaomi anda, contohnya hilang atau dicuri.
Orang yang jumpa telefon anda atau pencuri tidak dapat mengakses telefon anda. Kemungkinan pencuri tidak dapat membuka kunci telefon dan bila telefon direset, pencuri perlu memasukkan MI account telefon tersebut untuk mengakses telefon.
Secara kesimpulannya, pencuri akan gagal memasukkan MI account dan segala data yang ada dalam telefon anda akan kekal selamat.
PENTING…..
Sangat penting untuk anda ingat MI Acc dan password. Jika berlaku apa-apa pada telefon anda, anda boleh sekat pencuri dari mengakses telefon anda.
Pastikan simpan MI Acc di tempat lain selain dalam telefon tersebut.
Jika anda reset telefon dan perlu masukkan MI Acc balik anda boleh cari di tempat lain.
3. Track telefon MI Anda
Anda boleh track telefon mi anda, contohnya telefon anda hilang. Anda cuma perlu ke Mi cloud untuk track telefon anda.
Best kan….
Caranya mudah sahaja :

Anda perlu turn ON Find Device di MI Cloud.
Sekarang anda sudah boleh track location telefon anda di MI server.
Tekan link untuk ke MI server https://i.mi.com/
Anda boleh akses MI server di desktop atau peranti lain, dari situ anda boleh track kedudukan terkini telefon MI yang hilang.
Jadi itu sahaja untuk blog kalini, semoga membantu. Pastikan sentiasa ingat email dan katalalauan Mi account untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.
Sekian.