Cara pindah chat whatsapp ke Android Leave a comment

Dalam blog kalini kami akan kongsikan dengan anda cara transfer chat whatsapp android ke android. Contohnya bila anda beli telefon baru, anda sayang untuk delete segala perbualan dalam whatsapp. Jadi apa yang anda boleh buat. Anda boleh pindahkan chat whatsapp dari telefon lama ke telefon baru. Tanpa hilang satu chat pun.

Nak tahu cara transfer chat whatsapp dari android ke android ni macam mana. Boleh teruskan membaca.

Tentunya dengan cara pindah chat whatsapp ni, anda tak perlu lagi risau chat history hilang. Terutamanya online seller risau chat customer hilang, memang menangis nak dapatkan balik kan. Jadi selalulah backup chat ke google drive.

Bila nak tukar telefon dah tak risau, cuma perlu restore file sahaja di telefon baru.

Artikel berkaitan : CARA BACKUP WHATSAPP | ANDROID

1. Backup whatsapp di telefon lama

Step pertama anda perlu backup dulu whatsapp ke google drive. Caranya mudah saja, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi whatsapp dan tap 3 titik
  2. Pergi ke setting
  3. tekan chat
  4. Pilih chat backup
  5. Backup ke google drive

Dah siap step ni, anda cuma boleh pilih untuk backup chat sahaja atau sekali dengan gambar dan video.

Pilih gmail untuk backup dan start backup

cara transfer chat whatsapp android

Okie sekarang anda dah siap backup jadi apa perlu buat ?

2. Restore di telefon baru

Untuk restore chat whatsapp anda cuma perlu ikut step di bawah:

  1. Login gmail yang sama seperti di telefon lama
  2. Pergi ke google dan sign in gmail acc
  3. Sync gmail
  4. Verified gmail
  5. Seterusnya install aplikasi whatsapp
  6. buka aplikasi
  7. masukkan no telefon
  8. Allow contact
  9. Restore data

Sekarang anda cuma perlu tunggu siap restore. Selalunya masa yang diambol untuk restore lama dan bergantung pada size file yang direstore.

cara transfer chat whatsapp android
Tunggu restore data
cara transfer chat whatsapp android
Dah siap restore, chat semua selamat

Itu sahaja untuk blog cara pindah chat whatsapp dari android ke android. Sekian semoga membantu. Terima kasih.

Artikel berkaitan: Cara Backup WhatsApp ke Google Drive | Android

Leave a Reply

Your email address will not be published.

SHOPPING CART

close