Penggunaan iPhone menjadi trend masa kini tambah-tambah dalam kalangan remaja dan dewasa. Bagi segelintir masyarakat merasakan pengguna iPhone adalah untuk yang berduit atau kaya. Hal ini kerana harga iPhone yang agak mahal berbanding telefon jenama lain yang ada di pasaran.
Sebelum anda membeli iPhone ada beberapa perkara yang anda perlu tahu, jom kami share tips membeli iphone. Sebelum anda membeli iPhone ada beberapa perkara yang anda perlu tahu, jom kami share tips membeli iphone dan supaya anda tidak ditipu oleh penjual iphone fake atau refurbished dan tahu cara mengetahui iphone original atau refurbished supaya anda tidak ditipu oleh penjual iphone fake atau refurbished.
Banyak penjual yang menjual pelbagai set iphone, ada jugak yang memberikan info yang salah untuk mengelirukan pelanggan.
Jadi pastikan semak betul-betul sebelum membeli.
1. iPhone Original vs Fake
Untuk iPhone original dan clone memang boleh nampak jelas perbezaan dia. Mungkin pada body atau bentuk telefon seakan sama tapi bagi pengguna tegar atau pernah menjadi pengguna iPhone akan nampak perbezaan pada User Interface (UI) IOS yang original.
Tapi bagi pengguna yang baru nak mencuba, anda boleh follow 3 step ini untuk pastikan iPhone anda betul-betul original.
- Pastikan bawa kad sim yang bersaiz MicroSim untuk iphone 4/4s dan NanoSim untuk iphone 5 dan keatas.
- Masukkan kad sim ke iPhone untuk mengaktifkan iPhone dan ke skrin utama. Untuk telefon fake atau klon, anda boleh terus buka telefon tanpa perlu masukkan sim. Kedua anda perlu pastikan samada sim locked atau sim unlocked. Jika tertera sim lock ( iPhone ini tidak boleh guna telco malaysia asasnya).
- Sambung ke internet ( Wifi atau mobile data) > buka AppStore > Muat turun aplikasi percuma di AppStore > muncul popup notifikasi untuk anda masukkan Apple ID dan password. Jika iPhone itu klon, ia akan mintak akaun Google Play bukannya Apple ID.

Selalunya untuk iPhone klon, penjual akan jual dengan nama iPhone Myset murah. Dan ramai yang tertipu oleh perkataan iPhone Myset dan memilih untuk dapatkan yang murah.
2. iPhone Baru vs Secondhand
Telefon iPhone baru dan secondhand jugak banyak yang dipersoalkan, untuk iPhone baru mestilah mempunyai tempoh jaminan yang belum diaktifkan. Boleh periksa di https://checkcoverage.apple.com/
Anda cuma perlu masukkan serial number dan dapatkan dari Setting > General > About .
atau
Anda boleh lihat limited warranty yang tertera pada Setting > General > About. Selalunya limited warranty akan diberikan selamat setahun dari tempoh anda mula beli telefon.

Gambar diatas adalah contoh, tempoh jaminan yang pihak Apple bagi kepada pengguna iPhone baru. Dalam gambar ni, tempoh yang diberikan telah berjalan bermaksud telefon ini mungkin telefon terpakai.
Bagi telefon secondhand limited warranty boleh jadi telah berjalan atau telah habis. Jadi anda boleh semak di sini. Untuk telefon terpakai atau secondhand, anda layak untuk mohon harga yang lebih murah dari yang baru.
3. iPhone Import Set vs My Set
Untuk import set atau my set tidak ada perbezaan yang khusus, cuma untuk mengenalpasti negara mana iPhone anda patut dijual.
Contohnya iPhone myset bermaksud iPhone itu dijual dalam pasaran Malaysia.
Semua iPhone direka dari California dan dikilangkan di China. Fungsi iPhone bagi setiap set adalah sama cuma yang membezakannya ialah bila negara atau rantau itu mempunyai restriction dan regulation yang tertentu dan perlu dipatuhi.
Contoh :
- iPhone set Jepun/Korea tidak boleh tutup camera shutter sound.
- iPhone set Emiriah Arab bersatu / Arab Saudi tiada FaceTime
- iPhone set China tiada sokongan 4G/LTE (bagi iPhone 6 dan kebawah)

Untuk Limited Warranty bagi iPhone baharu selalunya selama satu tahun warranty dari Apple. Tapi bagi iPhone Set Switzerland, iPhone Set tersebut layak untuk dapat dua tahun warranty dari Apple. Bagi sesetengah negara yang mempunyai Apple Care, anda boleh mohon untuk panjangkan Limited Warranty sehingga dua tahun tetapi bersyarat.
Anda perlu membayar sedikit untuk panjangkan tempoh waranty.
Di Malaysia, Limited Warranty by Apple adalah setahun. Jika anda membeli telefon di pusat telekomunikasi seperti Umobile, Celcom atau Maxis anda boleh claim warranty di Apple atau pusat servis syarikat telekomunikasi berkenaan.
Selalunya pengguna di Malaysia akan memilih iPhone myset berbanding import set. Selalunya harga iPhone myset akan mahal sedikit berbanding dengan import set kerana demand dari pelanggan. Bila dapat harga iPhone myset murah, memang dapat jackpot lah.
Artikel Berkaitan : 4 CARA ANDA BOLEH BACKUP DATA IPHONE ANDA
4. iPhone Refurbished
Paling HOT diperkatakan mengenai iPhone Refurbished.
Soalan paling banyak ditanya…
Apa maksud refurbished iPhone ? Ramai penjual yang memberi jawapan yang mengelirukan pelanggan.
Soalan lain yang selalu ditanya….
Cara nak tahu iphone refurbished dari Apple atau pihak ketiga??
Jawapannya, bawak iPhone anda ke pakar, atau kedai Baiki Telefon berdekatan.
Untuk Refurbished by Apple, komponen dalaman dan luaran adalah komponen original dari Apple sendiri. Manakala Refurbished dari pihak ketiga ada yang menggunakan komponen original dan ada yang tidak original.
Refurbished by Apple, telefon itu akan dijual oleh pihak Apple dan dijual di Apple Refurb Section di Apple Retail Store (United Kingdom, Amerika Syarikat dan India). Packaging seperti kotak jugak berbeza dan disertakan sekali Apple Certified Refurbished pada kotak tersebut.
Untuk iPhone Refurbished by Apple, segala komponen adalah original dan dapat warranty satu tahun by Apple.
Untuk Refurbished dari pihak ketiga, anda boleh perhatikan pada kotak yang digunakan. Sebab Refurbished dari pihak ketiga akan gunakan kotak yang biasa dan tiada jaminan dari Apple.
Lazimnya refurbished iphone malaysia diambil dari set luar negara dari UK, US dan Japan. Selalunya jugak pihak ketiga akan mendapatkan iPhone dari syarikat telekomunikasi disana. Macam mana pihak ketiga dapat.
Di sama syarikat komunikasi akan offer pelanggan mereka untuk upgrade ke iPhone terbaru. Contohnya pelanggan menggunakan iPhone 7 dan pihak syarikat komunikasi akan bagi tawaran baru dimana pleanggan boleh upgrade ke iPhone terbaru iaitu iPhone 7Plus contohnya.
Jadi pelanggan perlu trader in iPhone mereka dan syarikat telekomunikasi akan jual telefon lama ke pihak ketiga. Pihak ketiga akan memperbaharui dan menjualnya sebagai iPhone Refurbished di pasaran.
Diingatkan komponen yang diganti oleh pihak ketiga mungkin komponen tidak original.
Di Malaysia, ramai penjual yang mengelirukan pelanggan dengan menyatakan Refurbish Set adalah set import baharu. Dan pelanggan yang percaya.
Jadi sekian sahaja untuk blog kalini, semoga anda dapat manfaat dari penulisan ini.