Dark Light

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap Leave a comment

Cara membaiki skrin telefon gelap atau skrin pecah atau crack ni bergantung pada model phone tertentu sama ada iphone atau android ia tak ada operating standard ataupun cara yang sama untuk membaiki skrin telefon gelap.

Untuk buat proses membaiki telefon skrin pecah, ianya memerlukan sedikit pengetahuan, sedikit penggunaan tools dan alatan untuk buat proses repair. Jika anda tiada alatan dan pengalaman, telefon anda ada risiko rosak, putus ribbon, skrin gelap, phone tak hidup dan sebagainya.

Cara membaiki skrin telefon gelap, ini adalah daripada pengalaman dari pihak kami. Anda boleh buat sendiri, risiko tanggung sendiri.

Artikel Berkaitan : 6 Sebab Harga Baiki Telefon Mahal

Telefon sekarang ni dah jadi satu keperluan dalam hidup. Setiap orang ada telefon. Macam macam benda boleh buat dengan phone.Tapi susah bila phone yang kita guna ada masalah.

Kerana ada banyak files dan data dalam phone yang kita simpan seperti gambar, videos, files dan contact number.

Artikel Berkaitan : 5 Benda Penting Perlu Backup Sebelom Telefon Rosak

Malangnya lagi apabila kita tak ada backup files daripada phone. Tak pernah buat backup data dalam phone. Oleh itu, anda perlu lah buat backup data telefon anda supaya data dalam phone tak hilang.

Artikel Berkaitan : 3 Cara Backup Data Dalam Telefon , 4 Cara Backup Data Iphone , Cara Backup Whatsapp Android

Jika phone anda jatuh, skrin pecah retak atau pun skrin phone anda gelap atau masalah berkaitan skrin. Untuk kes seperti ini anda perlu bertenang kerana data-data anda mungkin selamat dalam phone. Tapi anda perlu baiki telefon anda sahaja atau pun anda perlu tukar skrin telefon anda.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap

Penafian

Perkongsian ini dibuat untuk pendedahan kepada umum tentang cara tukar screen telefon secara umum, dan ianya adalah perkongsian dan pengalaman kami dalam bidang baiki telefon. Segala risiko dan kerugian adalah tanggungjawab anda sendiri.

Artikel Berkaitan : 6 Sebab Harga Baiki Telefon Mahal

Masalah Skrin Telefon

Ada banyak punca skrin pecah dan gelap. Ianya bergantung kepada telefon itu sendiri macam mana ianya boleh jadi gelap. Anda perlu tahu sebelum skrin telefon gelap. Macam mana keadaan telefon anda. Ini kerana mungkin juga telefon anda tiada battery atau pun backlight ic problem. Jadi telefon anda tiada display.

antara tanda telefon anda perlu tukar skrin adalah seperti, skrin telefon and ghost touch atau tersentuh dengan sendiri, skrin bergaris, tak boleh tekan lansung dan skrin telefon pecah dan retak.

artikel berkaitan : 4 Tanda Anda Perlu Tukar Skrin

1 .Jatuh Dan Hentakan Kuat

Antaranya adalah anda mungkin terjatuh dan terhempas telefon anda. Telefon anda mungkin tertindih. Atau kena hentakan kuat. LCD phone atau backlight phone anda dah tak berfungsi atau rosak. Jatuh sedikit pun, kalau nasib tak baik, screen dan LCD phone anda jadi gelap walaupun telefon anda tiada kesan pecah, crack atau pun bergaris.

telefon kena hentakan kuat, skrin pecah teruk
telefon kena hentakan kuat, skrin pecah teruk

2. Battery Empty

Ada juga skrin telefon gelap adalah kerana battery telefon habis. Isi dalam battery mmg empty habis atau condem, cas untuk arus electric memang kosong. Untuk masalah macam ni anda perlu cas sahaja phone anda. Mungkin juga bateri telefon anda dah kondem. Anda perlu tukar bateri baru. Bateri telefon anda dah habis discas. Tak cukup kuat untuk hidupkan phone anda. Kalau nak cuba charge, mungkin dalam 15minit ke 30 minit untuk phone naik charging indicator.

Artikel Berkaitan : 5 Perkara Jangan Buat Supaya Jangka Hayat Bateri Tahan Lebih Lama

battery telefon condem
battery telefon condem

3 Mainboard Rosak

Kalau masalah mainboard rosak ni susah sket untuk tahu. Sebab kita perlukan tools atau alat untuk kita diagnose apa problem dia. Antaranya adalah power supply untuk kita baca arus electric dalam main board phone. Antara contoh main board rosak yang biasanya berlaku adalah seperti, emmc di mana software telefon crash yg menyebabkan hard disk telefon rosak, ada juga telefon anda disebabkan arus electric di rumah yang tak stabil atau pun anda guna kan charger dalam kereta yang current tak stabil. Jadi phone anda jadi gelap, cas tak masuk.

Kalau kes motherboard rosak, anda perlu kan kepakaran dan knowledge yang lebih jauh lagi untuk faham dan cara repair skrin telefon gelap dan tak hidup ni. Ada banyak sebab mainboard telefon anda rosak.Jadi ianya panjang cerita untuk baiki telefon rosak motherboard.

motherboard phone rosak
motherboard phone rosak

Tanda Perlu Tukar Skrin Telefon

Sebelom anda baiki skrin telefon gelap, anda perlu lah tahu dan confirm kan telefon anda gelap adalah sebab screen anda rosak.

Tanda-tanda perlu tukar skrin adalah telefon anda ada bunyi bila call tapi skrin telefon anda gelap. Telefon anda juga ada vibrate bila call. Alarm telefon anda juga berfungsi seperti biasa. Tapi screen phone gelap je. Dan tak ada paparan.

Selain itu, jika telefon anda masih ada paparan atau display tapi skrin anda crack atau retak , pecah tak boleh touch,

Jika tanda-tanda ni ada di phone anda, anda boleh tukar screen phone anda kerana skrin handphone anda dah rosak. Perlu tukar yang baru.

Artikel Berkaitan : 4 Tanda Anda Perlu Tukar Skrin Phone Anda

Cara Membaiki Skrin Telefon Gelap

Untuk membaiki skrin telefon gelap, pecah atau retak adalah berlainan untuk setiap phone. Jadi untuk tukar screen phone anda perlu la pandai menggunakan kemahiran sendiri kerana cara pemasangan screen adalah berlainan.

Untuk tukar screen iphone anda hanya perlu set screw driver sahaja. Manakala untuk tukar screen phone android anda perlu kan beberapa tools yang lain.

Antara tools yang anda perlu ada untuk tukar screen phone android adalah.

-Blower

-Set Screw Driver

-Heater (screen separator)

Jadi ianya berbeza untuk tukar screen phone anda. Untuk perkongsian ini, saya kongsikan cara secara general untuk tukar screen telefon pecah , retak atau gelap.

Cara Membaiki Skrin Telefon Gelap

cara tukar skrin telefon

Step Tukar Screen phone

1 Check kerosakan telefon dan pastikan skrin telefon yang rosak

Sebelum anda tukar screen telefon , anda perlu pastikan skrin telefon rosak. Anda perlu dapatkan alat ganti skrin yang baru untuk digantikan pada skrin telefon yang pecah. Perlu pastikan betul2 skrin telefon anda yang rosak.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
sebelum tukar skrin telefon, perlu pastikan skrin telefon yang rosak, pecah, retak atau gelap.

2 Buka back cover

Untuk buka telefon ada banyak cara dan kesusahan adalah bergantung pada jenis telefon. Ada phone perlu guna blower untuk bukak backcover, ada phone perlu screw sahaja dan cungkil guna pry tools atau pun cungkil guna kuku jari. Ada juga phone yang hanya perlu guna screw sahaja untuk tukar screen phone anda.

Jadi, cara nak buka telefon sebelum tukar skrin adalah berbeza untuk setiap telefon.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
Buka back cover perlu blower untuk cairkan gam

3 Cara buka phone body

Guna screwdriver

biasanya untuk tukar skrin telefon iphone, kita hanya perlu guna screw driver sahaja untuk bukak dan tukar skrin iphone. Ianya lebih mudah untuk tukar skrin iphone dimana anda tak perlukan tools dan alat yang advance untuk buat proses tukar skrin. Untuk tukar skrin telefon iphone anda perlu hati-hati dengan skru yang anda cabut. Jangan tertukar.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
boleh guna set screw driver electronic yang kecik untuk buka telefon anda

Guna Pry Tools

Untuk kebanyakan telefon android, biasanya untuk buka body phone kita hanya perlu cungkil sahaja back cover. Sama ada guna pry tools pencungkil atau ada juga model phone android hanya cungkil dengan kuku jari untuk buka back cover. Boleh juga guna card keras atau nipis untuk cabut backcover telefon jenis ini. yang ini senang.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
Guna pry tools untuk cungkil back cover yang perlu cungkil

Guna Blower

Ada sesetengah model phone android, jika nk buka body telefon, anda perlu guna hot air gun atau pun blower untuk bukak body phone ni. Ini kerana back cover phone jenis yang macam ni guna jenis glass dan glue pada phone body. Jadi anda perlu panaskan phone jenis ini.panas kan di sekeliling backcover dan perlahan-lahan cungkil back cover tersebut. Yang ni anda perlu hati takot back cover jenis ini pecah.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
guna phone blower untuk panas kan gam back cover.

3 Unplug Connector Di Main Board

di telefon anda ada banyak connector yg disambungkan pada mainboard secara plug-in. Setelah Berjaya buka backcover telefon ni, and perlu unlug atau pun cabut connector pada mainboard telefon anda.

Antara component dan connector yang bersambung di telefon anda adalah seperti, lcd, fingerprint, battery connector, on off ribbon dan juga antenna.

Walaubagaimanapun, kesemua conector yang bersambung adalah berlainan untuk setiap jenis telefon. Jadi anda perlu pandai untuk mengenali component pada mainboard telefon anda dan anda boleh cabut.

Untuk tukar skrin, ada telefon yang perlu cabut semua skru dan angkat mainboard, ada juga yang tak perlu angkat mainboard. Memadai dengan unplug connector pada main board sahaja.

Bergantung pada jenis telefon anda.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
contoh component pada main board telefon oppo f9. walaubagaimanpun lain model lain susunan dan size component.

4 Cabut Skrin Telefon

Setelah unplug connector skrin telefon, anda boleh buat proses untuk cabut skrin dan tukar skrin telefon anda yang rosak, pecah atau gelap.

Untuk cabut skrin yg rosak pada telefon, anda perlu panaskan skrin telefon yang lama pada body telefon anda.

Cara untuk panas kan skrin telefon, anda boleh gunakan lcd heater ataupun anda juga boleh menggunakan blower untuk cairkan gam pada skrin telefon anda yang pecah.

Anda boleh gunakan suhu 100 darjah Celsius.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
boleh guna kan heater untuk panaskan dan cabut skrin telelefon daripada body telefon
Cara Membaiki Skrin Telefon Gelap
boleh juga gunakan blower atau pun heat gun untuk cairkan gam pada skrin telefon, panaskan di sekeliling skrin.

5 Pasang Skrin Telefon Baru

Setelah anda Berjaya cabut skrin phone pecah dan gelap. Anda boleh la tukar skrin phone anda dengan screen yang baru.

Untuk buat proses ni, anda hanya perlu glue sahaja skrin telefon anda di sisi dan penjuru body phone anda.

Setelah di glue skrin telefon anda, anda boleh biar 10 minit dan ikat dengan getah supaya skrin telefon yang anda tukar betul-betul melekat pada bodi telefon anda.

Pastikan glue betul2 kering.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
setelah glue, boleh ikat dengan getah skrin yang ditukar

6 Pasang Semula Componen Telefon.

Dah selesai glue dan dah kering, anda boleh sambung semula connector dan juga component yang anda telah cabut masa buka telefon anda tadi. Antara connector yang anda cabut adalah seperti lcd, skrin, on off ribbon, antenna, charging ribbon, anda boleh pasang smula seperti anda buka.

Dah berjaya membaiki skrin telefon gelap, skrin pecah, skrin retak,dan skrin telefon bergaris.

Cara Tukar Screen Phone Iphone Android Gelap
Siap Tukar Screen Phone Redmi Gelap

=============================

Cara Membaiki Skrin telefon gelap, skrin pecah, skrin retak dan seumpama dengan nya adalah proses yang rumit. Ianya memerlukan pengetahuan dan pengalaman untuk anda tukar screen phone anda dengan buat sendiri.

Selain itu, ia juga memerlukan alatan untuk memudahkan anda tukar skrin telefon anda. Jika anda tiada alatan untuk buat proses repair, hasil mungkin tidak baik malah mungkin rosak phone anda. Jadi jika anda tidak berkeyakinan anda boleh ke pusat servis yang berdekatan untuk tukar skrin telefon anda.

Harga untuk membaiki skrin telefon anda mungkin sedikit mahal, jika ianya berbaloi tak mengapa, jika ianya rosak anda perlu tanggung sendiri.

Artikel Berkaitan : 6 Sebab Harga Baiki Telefon Mahal

Cara Tukar Skrin Huawei Mate 10 Guna Blower Untuk buka back cover

Cara Tukar Skrin Telefon Oppo F7 Tanpa Guna Bower, guna pry tools dan kuku jari untuk buka back cover

Cara Tukar Skrin telefon nova 3i perlu gunakan blower ataupun heat gun dan card keras untuk cabut back cover telefon ni.

Cara Tukar Skrin telefon Oppo A37 Guna Pry tools dan juga kuku jari untuk buka back cover.

Cara Tukar Skrin Telefon Iphon 6 Tanpa Guna kan blower dan heater, hanya perlu guna set screw sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close