Dark Light

CARA BACKUP WHATSAPP | ANDROID Leave a comment

Masih ramai yang belum sedar kepentingan backup chat di whatsapp. Fungsi backup chat di whatsapp adalah untuk kekalkan segala chat yang ada dalam telefon.

Jika berlaku masalah contohnya telefon anda rosak atau bila anda beli telefon baru, anda boleh retrieve balik chat yang ada di telefon lama.

Jom team bomomobile kongsikan dengan anda cara backup whatsapp untuk telefon android. Dalam perkongsian kalini, kami akan ajar anda cara backup whatsapp ke google drive.

Artikel berkaitan : 5 BENDA PENTING ANDA PERLU BACKUP SEBELUM TELEFON ANDA ROSAK

CARA BACKUP WHATSAPP:

Ikuti langkah di bawah untuk backup chat whatsapp ke Google Drive..

  1. Buka Applikasi WhatsApp
cara backup whatsapp

2. Tekan titik tiga dan pilih setting untuk buka setting whatsapp

setting whatsapp cara backup whatsapp

3. Pilih Chat dan tekan chat backup

setting whatsapp cara backup whatsapp

4. Sebelum tekan Backup anda perlu atur google drive setting.

setting whatsapp cara backup whatsapp

Terdapat beberapa option untuk anda pilih di Google Drive settings sebelum backup chat.

Anda boleh set untuk backup chat by monthly atau weekly. Contohnya jika anda pilih backup to Google Drive by weekly, chat anda akan dibackup setiap minggu.

Anda juga perlu pilih untuk bakcup ke google akaun yang mana Benda yang paling penting yang anda perlu selalu ingat, pastikan pilih google akaun yang anda ingat katalaluan nya.

Penting!!

penting untuk ingat google akaun dan password supaya nanti dapat login dan retrieve data yang dibackup.

Anda jugak boleh pilih untuk include video, untuk backup chat sekali dengan video.

5. Bila dah set Google Drive Setting, anda boleh tekan backup.

Chat anda akan dibackup.

Tonton video di bawah untuk tahu cara backup whatsapp dengan lebih jelas.

Selalu backup chat anda supaya segala chat tersimpan elok di google drive.

Ingat!!!

Sediakan payung sebelum hujan. Jika apa-apa berlaku pada telefon anda, segala chat yang dibackup boleh dapatkan balik. Sekian itu sahaja untuk perkongsian kalini, Semoga perkongsian ini bermanfaat. dan dapat bantu anda untuk backup chat di telefon android anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close