Jadi harini kami nak kongsi dengan anda masalah telefon VIVO Y53 skrin gelap. Jom kita lihat proses baiki skrin gelap VIVO Y53.
Pastinya setiap tips dan cara yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman technician itu sendiri.
KENAL PASTI MASALAH
Seperti yang kita tahu, masalah skrin boleh terjadi dari pelbagai punca.
Contohnya disebabkan telefon jatuh, skrin jadi pecah. Bila skrin pecah, nak touch dah susah. Skrin jadi kurang sensitif.
Ada juga yang masalah skrin disebabkan telefon masuk air. Bila dah cuci telefon, keringkan air pada telefon. Telefon hidup tapi skrin jadi gelap.
Antara masalah skrin yang selalu terjadi:
- ghost touch
- pecah
- crack
- blank (gelap)
- LCD Ribbon rosak
Jadi dalam kes ini, pelanggan mengadu telefon dia jatuh dan skrin terus jadi gelap. Technician suspek masalah skrin.
Bila technician buka telefon vivo y53 ini dan test dengan skrin telefon baru, skrin tetap gelap.
Jadi kes ini bukan disebabkan oleh skrin.
Artikel berkaitan : SONY XPERIA XZ | SCREEN REPLACEMENT
PENYELESAIAN
Bila technician dapat tahu masalah bukan pada skrin, technician akan check LCD connector. Bila check rupanya masalah skrin gelap disebabkan connector LCD rosak.
Dah jumpa penyakit, sekarang technician cuma perlu tukar connector LCD.
HASIL
Hasilnya bila tukar connector, skrin telefon vivo y53 kembali menyala. Skrin boleh touch seperti biasa.
