Dark Light

APLIKASI UNTUK KESAN TELEFON HILANG | REVIEW Leave a comment

Dalam blog kalini kami akan review kepada anda aplikasi yang best untuk kesan telefon hilang. Tentunya jika dapat dikesan lebih awal kemungkinan besar untuk dapatkan balik telefon adalah tinggi. Terpadat banyak cara untuk cari telefon yang hilang, contohnya anda boleh cari telefon hilang guna email.

Telefon hilang boleh terjadi disebabkan anda lupa tempat letak atau tertinggal di mana-mana. Jadi dengan adanya aplikasi untuk kesan telefon hilang, anda boleh menarik nafas lega kerana telefon hilang dapat dikesan dan dicari.

Disclaimer : segala review yang ditulis adalah mengikut pendapat peribadi dan hanya untuk telefon android sahaja. Teruskan membaca.

1. Google Find My Device

APLIKASI UNTUK KESAN TELEFON HILANG | REVIEW

Anda boleh guna aplikasi google find my device untuk cari telefon yang hilang. Caranya sangat mudah tapi penting untuk anda ingat alamat email dan katalaluan.

Kelebihan:

  1. Apps ini boleh kesan kedudukan telefon guna email.
  2. Dapat detect kedudukan terkini telefon.
  3. Telefon dapat dikunci sehingga ditemua.
  4. Boleh memaparkan pesanan pada skrin telefon
  5. Dapat hasilkan bunyi jadi memudahkan untuk anda menjumpainya
  6. Terdapat fungsi untuk padam informasi dan data yang ada dalam telefon

Artikel berkaitan : Cara Backup WhatsApp ke Google Drive | Android

Cara guna aplikasi ni:

  1. Download aplikasi Google Find My Device di peranti lain.
  2. Tekan signin as a guest
  3. masukkan email dan password
  4. Tekan submit
  5. akan keluar notifikasi untuk mengakses di telefon pertama
  6. Tekan agree
  7. Sekarang anda boleh kesan telefon pertama.

Rating:

***** 5 out of 5

Artikel berkaitan : KESAN TELEFON HILANG DI GOOGLE FIND MY DEVICE

2. Find My Lost Phone

APLIKASI UNTUK KESAN TELEFON HILANG | REVIEW

Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk kesan telefon hilang dengan satu klik sahaja dan yang paling best anda boleh guna aplikasi ini tanpa perlukan internet. Menarik kan…

Sebelum bercerita lebih tentang kelebihan aplikasi Find My Lost Phone, jom kami ajar macam mana nak guna aplikasi ini.

Kelebihan:

  1. Applikasi ini boleh kesan telefon hilang dalam satu klik.
  2. Applikasi ini boleh digunakan tanpa internet
  3. Bunyi loceng yang boleh dilaraskan untuk lagi senang mencari telefon melalui bunyi loceng.
  4. Penggunaan bateri yang sedikit, telefon akan lebih tahan lama.
  5. Notifikasi lokasi akan dihantar jika suspek memasukkan sim baru ke peranti tersebut.

cara mengesan telefon:

  1. Download aplikasi sama di telefon lain
  2. Log masuk email yang didaftarkan sebelum ni
  3. lokasi telefon yang hilang akan dipaparkan.

Rating:

***** 5 out of 5

3. Lost Android

APLIKASI UNTUK KESAN TELEFON HILANG | REVIEW

Lost android juga salah satu aplikasi yang terbaik untuk mengecas telefon hilang. Selain mengesan, aplikasi ini mampu menghantar pesanan kepada sesiapa yang menjumpai telefon ini untuk hubungi anda kembali.

Jom kita tengok sama-sama apa yang best applikasi ni:

  1. Buka laman web untuk kesan telefon. Dengan satu klik telefon anda boleh dikesan
  2. Cari telefon hilang guna GPS, applikasi ini boleh terus akses ke GPS.
  3. Boleh menghantar pesanan melalui laman web kepada telefon anda.
  4. Terdapat fungsi Text to Speech yang mana pesanan yang anda hantar akan dibaca menggunakan suara.

Cara guna:

  1. Download Aplikasi Lost Andorid di Google Play Store
  2. Buka dan request administrators right.
  3. Di peranti lain, log masuk gmail yang didaftarkan
  4. Sekarang anda boleh mengakses telefon anda.

Rating:

*** 3 out of 5

Itu sahaja untuk perkongsian kalini, semoga dapat membantu anda mencari balik telefon hilang. Apa-apa pun jangan lupa untuk backup file dan data supaya bila telefon hilang, cuma telefon ja yang hilang tapi gambar dan data masih ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close