Dark Light

APA ITU TRUE TONE DI IPHONE ANDA Leave a comment

Bagi pengguna iPhone, pasti anda tahu sejak tahun 2017 lagi true tone diwujudkan. Betul, ramai dah tahu fungsi true tone pada iPhone anda kan. Tapi kami percaya masih ramai juga yang belum tahu fungsi true tone. Jadi, apa itu true tone di iPhone anda.

Jom kami share kegunaan true tone pada iPhone anda.

APA ITU TRUE TONE DI IPHONE ANDA

Pengenalan

True tone diperkenalkan pada tahun 2017 bermula pada iPhone 8, iPhone 8 plus dan iPhone X. Dan kini semua latest iPhone ada true tone function.

Dimana true tone tidak terdapat pada iPhone 7 plus dan kebawah.

Fungsi true tone

Fungsi utama true tone adalah untuk menghasilkan paparan yang neutral pada skrin iPhone dan mengurangkan ketegangan mata.

True tone juga berfungsi untuk mengawal warna pada screen iPhone mengikut persekitaran anda.

Jika anda perasan skrin iPhone anda akan berubah warna, sekejap agak kebiruan dan sekejap agak kekuningan. Itulah fungsi true tone, iaitu untuk mengurangkan ketegangan pada mata.

Contohnya, jika anda berada di bawah terik matahari. True tone akan automatik selaraskan warna skrin dengan membuat skrin anda agak kebiruan supaya anda tetap nampak skrin walaupun di bawah cuaca panas terik.

Sama juga apabila anda berada dalam persekitaran yang gelap. Contohnya pada malam hari, true tone akan automatik selaraskan warna pada skrin dengan menghasilkan warna kekuningan pada skrin, supaya tidak terlalu terang dan mata anda selesa untuk pandang skrin.

Sekarang anda dah tahu apa itu true tone yang ada di iPhone anda kan. Jom tengok kelebihan true tone yang ada pada iPhone.

Kelebihan true tone

Kelebihan true tone adalah untuk mengurangkan tired eyes. Bila mata anda pandang terlalu lama pada skrin, anda akan cepat migrain dan sakit pada bahagian mata. Jadi dengan adanya true tone, dia dapat menghasilkan warna yang neutral mengikut persekitaran dan dapat mengurangkan masalah tired eyes.

Mata anda akan selesa untuk pandang skrin tanpa rasa pedih atau sakit.

Kekurangan true tone

Kekurangan pertama, true tone cuma boleh digunakan untuk iPhone 8 dan keatas sahaja. Jadi iPhone yang sebelum iPhone 8 tidak dapat guna true tone.

Kekurangan kedua pula, jika anda tukar skrin iPhone anda tanpa menyalin data true tone, fungsi ini akan hilang untuk selamanya. Anda tidak lagi dapat menggunakan fungsi true tone di iPhone tersebut.

Cara Copy True Tone Iphone

Cara untuk copy true tone iphone adalah dengan menggunakan icopy ataupun JCID. Anda perlu ada alat ini untuk copy data.

ianya semudah read and write.

Namun begitu, anda perlu bukak screen iphone lama dan copy data true tone, kemudian write true tone program ke dalam skrin iphone yang baru.

jadi iphone anda baru akan ada true tone.

Untuk copy true tone ni, biasanya skrin yang menggunakan OLED atau LED sahaja boleh copy true tone. Namun jika nak jimat atau skrin iphone murah jenis TFT atau LCD, ada yang boleh copy dan ada yang tak boleh copy.

Anda perlu tanya dengan pembekal.

Anda boleh tonton video ni cara kami copy true tone dan write ke skrin yang baru.

Sedikit tips untuk elak anda dari ditipu oleh technician.

Jika ada masalah skrin, seperti skrin pecah, skrin gelap atau skrin bergaris. Sebelum nak tukar skrin perlu tanya technician anda boleh copy true tone atau tidak?

Ramai pelanggan yang mengadu bila tukar skrin true tone tak boleh guna.

Jadi pastikan tanya dulu technician anda.

Dan jika anda tukar skrin telefon tanpa menyalin data true tone dari skrin asal, automatik fungsi true tone akan hilang selamanya. Walaupun anda tukar skrin baru lagi, fungsi true tone tetap tak dapat guna.

artikel berkaitan : IPHONE DISABLED | CARA SAMBUNG KE ITUNES

Itu sahaja untuk perkongsian ringkas berkenaan apa itu true tone di iPhone anda, jumpa lagi di blog yang lain. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close