Smartphone adalah keperluan manusia zaman kini. Oleh itu macam-macam jenis telefon tercipta.
Antara Top-Top Brand Smartphone di Malaysia adalah:
1. Iphone
2. Oppo
3. Huawei
4.Vivo
5.Samsung
6.Xiaomi
7.Realme
8.Asus
9.Lenovo
10.Neffos
Ada lagi jenama-jenama lain yang berada di pasaran. Namun di Malaysia adalah brand-brand seperti ini mudah untuk mendapatkan warranty dan juga alat ganti.
Oleh kerana ianya menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan. Ramai jugak yang tidak tahu cara beli telefon bimbit.
kami kongsikan tips-tips untuk beli smartphone idaman anda. Tips ini mungkin dapat membantu anda supaya dapat membuat pilihan telefon yang betul mengikut keperluan dan budjet anda.
Untuk info ini, saya cuba ringkaskan sebaik mungkin supaya anda faham dan tidak terlalu technology savvy sangat kan.
Tips 1 : Tetapkan Budjet
Budjet ni penting sebab anda yang bayar telefon tu. Jadi anda beli ikot kemampuan anda telefon jenis yang mana anda mahukan.
Sebelum pergi ke kedai, set dulu dalam minda, “Dalam Budjet Berapa Aku Nak Beli Telefon Ni Ya?”
RM800? RM1500? Atau RM500?
Terpulang pada kemampuan anda nak beli telefon yang harga macam mana. Tapi yang best tentulah yang mahal.Kan?

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Membeli Telefon PIntar
Tips 2 : Objektif Penggunaan
Sebelum beli telefon ni, anda perlu juga tahu minat anda dalam penggunaan telefon ni. Untuk apa nak guna telefon.
Anda guna nak main game? Anda guna nak buat urusan bisnes? Nak Bagi anak saja-saja atau sekadar guna untuk whatsapp dan calls sahaja?
Bila anda dah tahu objective penggunaan senang sket nak beli phone.
Kalau anda nak main game, mesti kena cari smartphone yang spec tinggi siket supaya tak sangkut semasa main game. Kalau dah main game nanti sangkut pula. Tak best, nak-nak telefon sekarang ni dah banyak menggunakan internet. Internet putus. Dah hang telefon.
Kalau contoh anda nak beli telefon untuk tujuan bisnes. Anda mungkin juga perlukan spec telefon yang tinggi. Atau memadai dengan spesifikasi yang sederhana.
Namun, anda mungkin juga memerlukan spek Camera yang berkualiti tinggi supaya anda dapat ambik gambar yang beresolusi tinggi dan gambar yang jelas.
Mungkin untuk tujuan pemasaran dan record document yang berkaitan. Jadi anda mungkin boleh cari telefon yang Camera Gambar jelas dan berkualiti tinggi.

Bluetooth Speaker CH-V301 Sound Test
Tips 3 : Pilih operating System.
Untuk operating system ni ada banyak jenis sebenarnya yang di bina oleh syarikat telefon. Antara yang polular adalah seperti, Symbian OS, Blackberry OS, Windows OS, BADA, Palm OS, OpenWEB dan juga Maemo.
Rujuk Artikel : https://www.shoutmeloud.com/top-mobile-os-overview.html
Namun yang polular di masa kini dan di Malaysia adalah Android dan juga IOS (iphone)
Anda mungkin boleh memikirkan untuk membeli Iphone ataupun telefon-telefon android yang lain.
Kedua-dua operating system ini digunakan secara meluas di serata dunia.
Pentingnya untuk anda tahu OS (operating system) yang mana pilihan anda adalah kerana ianya berkaitan dengan aplikasi yang ditawarkan dan compatible dengan OS pilihan anda.
Bagi pengguna android tidak menjadi masalah untuk aplikasi yang anda diperlukan. Ini kerana di dalam Playstore ada banyak Aplikasi yang dibina oleh developer yang boleh di download dan digunakan. Ada yang berbayar dan ada yang percuma
Bagi pengguna IOS mungkin sedikit menjadi permasalahan dari segi limitasi aplikasi yang pelik-pelik mungkin yang di cari oleh anda. Mungkin aplikasi yang anda guna di Google Playstore tidak terdapat pada carian Apple Apps Store.
Namun sebegitu, aplikasi-aplikasi yang wajib dan common dalam penggunaan harian telefon bimbit ada dalam mana-mana operating system. Seperti, Whatsapp, Facebook, Instagram, Google, Gmail, Youtube, Google Maps, Grab, Waze, Internet Banking dan sebagainya.Oleh itu, jika anda peminat tegar Apple, tidak menjadi permasalahan untuk memilih Apple IOS sebagai operating system telefon anda.

LOKASI BOMOMOBILE KEDAI BAIKI TELEFON KUALA KRAI
Tips 4 : Kekuatan RAM
Apa benda RAM ni? RAM ni adalah perkataan ringkas untuk “Random Access Memory”. Ianya adalah cip yang dibina pada papan litar smartphone yang anda nak beli.
RAM ni penting untuk penggunaan smartphone jika anda nak guna banyak-banyak apps dalam satu masa. Bagi tujuan Multitasking, RAM yang besar adalah diperlukan.
Jika RAM anda kecik, anda mungkin mengalami masalah phone anda sangkut ataupun “hang”.
Jadi Keyword yang anda perlu tahu adalah “ Semakin Besar RAM semakin laju dan kurang sangkut”.
Jadi untuk memilih RAM yang macam mana anda nak beli. Anda perlu tahu citarasa dan penggunaan anda. Kalau nak main game, mestilah kena RAM besar baru tak sangkut. Kalau untuk tujuan bisnes juga perlu RAM besar. Anda mesti nak buka banyak apps dalam suatu masa kerja anda.
Tambahan pula, aplikasi yang digunakan sekarang banyak menggunakan internet. Jadi apabila internet putus, telefon anda mungkin ada sedikit kesan “hang” atau sangkut jika RAM anda rendah.
Jadi anda boleh pilih RAM jenis yang macam mana pilihan anda dan ikot kemampuan anda.
Anda nak 1GB?2GB?4GB ataupun 6GB?
Keyword die “Semakin besar RAM, semakin laju dan kurang sangkut”.

Tips 5 : Simpanan (storage)
Untuk storage ni ataupun simpanan adalah bergantung pada penggunaan anda juga. Namun begitu kualiti dan size gambar dan video telefon masa kini semakin cangggih dan menggunakan size gambar dan video yang besar.
Oleh itu, tak dinafikan juga, simpanan (storage) dalam telefon juga anda perlu ambil berat. Anda mungkin mengalami masalah “storage memory full” jika anda beli phone yang size storan kecil.
Tambah lagi jika anda guna telefon untuk kegunaan rakam video dan gambar. Kadang-kadang 1 video yang HD (high definition) boleh cecah 100mb ke 500mb. Jadi ia perlukan storage yang besar.
Oleh itu, Semakin Besar Storage , Semakin Banyak Files Yang anda boleh simpan.
Artikel berkait : Cara nak clear storage telefon
Untuk storage ni ada 2.
Internal Storage dan juga External Storage.
Internal storage adalah storan yang terbina dalam dimana kapasiti simpanan sudah terbina dalam telefon anda.
Manakala External Storage pula adalah simpanan dari luar di mana anda menggunakan peranti dari luar seperti SD Memory Card bagi tambahan kepada External Storage telefon anda.

Tips 6 : Camera
Untuk Camera ni anda boleh beli phone ikot citarasa anda juga. Tengok penggunaan anda.
Anda kaki selpi? Sekadar nak ambik gambar kerja?
Untuk memlilih features phone camera. Benda yang anda perlu tahu adalah ukuran kepada kualiti dan resoulusi gambar.
Jadi, untuk pilih camera, anda hanya boleh lihat berapa pixel yang camera telefon tersebut boleh support.
Ukuran untuk smarphone zaman sekarang adalah 5MP 13MP.
Lagi besar MP (Mega Pixel) lagi cantik dan jelas kualiti gambar.
Ada lagi mungkin cari-ciri dan kelebihan lain yang mungkin ditawarkan oleh syarikat telefon. Seperti dual camera, aperture, ultra wide-angle, auto focus dan depth camera.
Namun, memadai anda tahu pendedahan lebih tinggi MP lebih cantik gambar.
Jadi, anda nak beli phone. Mesti tahu apa preferences yang anda. Anda suka selfi ke? Atau anda nak ambik gambar kualiti tinggi untuk kerja projek ke?untuk urusan bisnes ke?
Kalau anda minat selfi, mungkin anda boleh pilih phone yang camera depan MP tinggi sket. Gambar anda nanti lagi jelas dan cantik.

Artikel berkait : Cara Untuk Set Camera Simpan Gambar dan Video Dalam SD Card
Tips 7 : Kapasiti Battery
Kapasisiti bateri juga penting dalam pemilihan telefon. Untuk beli telefon. Jika anda nak pilih berdasarkan bateri yang besar.
Anda boleh tengok mAH (miliamp hour). Kalau yang biasa mungkin 3000mAh.
Lagi besar mAH, lagi baik. Lagi tahan lama tahan bateri phone anda.
Namun ketahanan bateri adalah bergantung kepada penggunaan phone anda sehari-hari.
Jika anda menggunakan phone untuk kerja-kerja berat (heavy duty) seperti main game, youtube,apps yang guna GPS, bateri juga mungkin juga cepat habis.
Lagi-lagi jika phone anda guna screen bersaiz besar.
Internet, saiz skrin, gps adalah penyumbang kepada kehabisan bateri.
Jadi anda mungkin boleh lihat kapasiti mAH yang ada dalam phone yang anda nak beli.
Lagi besar mAH, Lagi tahan bateri telefon.

Artikel berkait : GSM Sources GS205 Android Battery Activator and Charger
Artikel berkait : 6 Punca Bateri Telefon Cepat Habis
Pokok pangkal pemilihan telefon adalah bergantung pada anda. Anda suka phone yang macam mana dan ikot kemampuan.
Jika nak yang best, laju, gambar lawa. Mesti lah yang mahal.
Jika anda mempunyai budjet-budjet yang tertentu mungkin. Tips ini mungkin berguna untuk anda buat pilihan nak pergi beli telefon.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa ya click button share. Supaya bermanfaat pada kawan-kawan anda juga.
