Telefon atau smartphone sekarang dah berbeza dari yang dulu. Sebelum ni, telefon anda jatuh terburai sekali pun, anda boleh masukkan balik bateri di belakang telefon dan kemaskan case belakang dah boleh guna macam biasa. Telefon sekarang yang mana mempunyai skrin hampir 90% dari permukaan telefon dan agak sensitif, perlu dijaga dengan berhati-hati. Dan pastinya kalau telefon anda jatuh, terus akan ada gangguan touch skrin atau macam-macam lagi masalah.
Jadi harini team Bomomobile nak kongsikan tips penjagaan telefon yang mana boleh menyelamatkan duit anda dari perlu baiki telefon.
1. TIPS PERTAMA UNTUK SKRIN
Seperti yang anda tahu smartphone sekarang rata-rata menggunakan LCD skrin atau LED skrin. Jadi penting untuk anda betul-betul jaga sebab harga baiki skrin LCD atau LED sangatlah mahal.
TIps untuk jaga skrin, pakai skrin protector.
Dan yang kedua pakai phone case.
Kenapa penting untuk anda pakai kedua-dua ni, bila telefon anda terjatuh contohnya, skrin telefon masih selamat. Skrin telefon tidak bercalar atau retak. Mungkin skrin protector anda akan rosak. tapi skrin protector murah berbanding skrin telefon, jadi anda tidak perlu risau untuk tukar skrin protector baru.
Phone case anti-shock atau phone case getah lebih selamat untuk telefon berbanding hard case. Contohnya bila telefon anda jatuh, phone case anti-shock atau getah boleh kurangkan gegaran pada telefon. Boleh selamatkan telefon dari terkena hentakan yang kuat.
ARTIKEL BERKAITAN : 4 TANDA ANDA PATUT TUKAR SKRIN TELEFON BARU
2. TIPS KEDUA CHARGING
Masalah charging selalu berlaku :
- cas telefon lambat masuk.
- cas telefon kena tindih dengan buku
- telefon tak masuk cas
Masalah macam ni selalu berlaku pada pelangan di Bomomobile. Jadi anda kena ikut tips dibawah supaya masalah charging tidak berlaku.
- Pastikan cable yang betul.
- Pakai charging technology yang betul untuk boostkan fast charging telefon anda.
- Pakai charging technology yang ori.
ARTIKEL BERKAITAN : 5 JENIS FAST CHARGING TECHNOLOGY SMARTPHONE
PRODUCT : https://bomomobile.com/product/tidik-super-fast-charging-adapter-suitable-for-all-smartphone/
3. TIPS KETIGA BATTERY
TIps penjagaan bateri memang senang, apa perlu anda buat cuma pastikan :
- jangan terlebih cas
- dan jangan biarkan bateri telefon kosong
Kenapa penting untu anda elak dua benda ni, sebab….
Bila anda terlebih cas bateri telefon, berisiko untuk bateri telefon anda kembung. Dan yang paling teruk boleh menyebabkan bateri telefon meletup. Elakkan cas telefon semasa anda tidur.
Dan jangan biarkan bateri telefon anda kosong, kerana setiap bateri telefon ada limit cycle. Berapa kali boleh hidupkan bateri, bila dah capai limit cycle, bateri akan mula bermasalah seperti contoh bateri anda akan condemn atau kong. Jadi untuk elakan bateri cepat kong, pastikan cas telefon sebelum bateri kosong.
ARTIKEL BERKAITAN : 5 PERKARA JANGAN BUAT SUPAYA BATERI TELEFON TAHAN LAMA
PRODUCT : https://bomomobile.com/product/tidik-6a-auto-disconnect-power-off-cable-for-iphone-and-android/
4. TIPS KEEMPAT STORAGE
Storage telefon memang akan cepat penuh dengan gambar dan video terutamanya. Tambah-tambah untuk anda yang set auto download photo dan video dari WhatsApp. Jadi anda perlu selalu clear storage telefon.
ARTIKEL BERKAITAN : 4 CARA MUDAH NAK CLEAR STORAGE TELEFON
Penting untuk anda selalu clear storage telefon, dan buang aplikasi yang tidak digunakan. Sebelum ini anda tak pernah clear storage telefon, bila dah clear storage anda akan perasan telefon anda akan lebih lancar dan laju dari sebelum ni.
Nak clear storage telefon, risau gambar-gambar dan files dalam telefon akan hilang. Apa kata anda backup dulu data dalam telefon. Anda boleh backup data ke google drive, atau untuk pengguna iPhone boleh backup ke iCloud.
Secara tak langsung data anda akan kekal selamat sekalipun anda dah tukar telefon lain.
ARTIKEL BERKAITAN : 3 Cara Backup dan Simpan File Dalam Telefon Android
ARTIKEL BERKAITAN : 4 CARA ANDA BOLEH BACKUP DATA IPHONE ANDA
5. TIPS KELIMA INGAT PASSWORD
Ingat password telefon anda, selalu buat password yang senang nak ingat dan dekat dengan diri anda.
Dan penting!
ingat email akaun dan password email anda.
Kenapa penting untuk anda ingat password email ni. Kalau contoh, telefon anda terlock. Dah banyak kali cuba buka password telefon tapi tidak berjaya, automatik google akan lock telefon anda.
Jadi dekat sini pentingnya untuk anda tahu email login dan password email yang pernah anda login di telefon ini.
Dan secara tak langsung boleh senangkan proses untuk buka google lock, dan automatik boleh pecah kan password telefon.
Bila dah pecahkan password, telefon boleh dibuka dan guna seperti biasa.
ARTIKEL BERKAITAN : 5 BENDA PENTING ANDA PERLU BACKUP SEBELUM TELEFON ANDA ROSAK
Bukan itu sahaja, email boleh sync ke mana-mana akaun media sosial anda. Contohnya anda terlupa password Facebook, anda boleh retrieve password Facebook ke email anda. Dan anda sudah boleh login Facebook anda balik.
Dan banyak lagi kelebihan bila anda ingat email dan password email. Jadi tulis dan simpan dimana-mana tempat selamat supaya anda tidak lupa email akaun.
6. TIPS KEENAM HACKER
AWAS..
Jangan mudah untuk tekan sebarang link.
Telefon anda boleh dihack oleh hacker dan data peribadi anda akan diceroboh.
Macam mana untuk anda tahu link itu merbahaya, selalunya hacker akan hantar link gambar dan perlu tekan link untuk lihat gambar tersebut. Bila anda tekan, yes anda boleh tengok gambar tersebut dan tiada apa-apa terjadi pada telefon anda.
Sebenarnya hacker telah boleh login data peribadi anda tanpa anda sedari.
Jadi jika anda nombor yang tidak dikenali message dan minta anda untuk tekan link untuk access, jangan sesekali buat atau anda akan jadi mangsa seterusnya.
Itu sahaja untuk tips penggunaan telefon, semoga bermanfaat untuk anda.
