Kadang sakit hati pun ada dah cas telefon sampai penuh alih-alih tak sampai 2 jam guna bateri jadi low balik. Dah tukar bateri telefon baru pun sama, bateri telefon tetap tak tahan lama. Penat nak pikul powerbank kesana kesini kan? Bateri telefon cepat panas. Sini Team Bomomobile kongsi 6 punca bateri telefon korang cepat habis.
#1 Kecerah skrin / screen brightness
Skrin brightness smartphone terlalu terang, punca bateri telefon korang cepat habis. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat kini menggunakkan smartphone dan permukaan skrin telefon penuh sehingga semuanya touch skrin tanpa ada butang home atau dikenali home button. Dengan skrin brightness yang terang dah luas permukaan skrin yang besar, kuasa atau tenaga yang banyak akan digunakan untuk mencerahkan skrin telefon.
Bagi mengurangkan cas yang digunakan untuk skrin brightness, kita perlu menukar setting brightness kepada fungsi auto-brightness. Auto-brigthness mampu menukarkan kecerahan skrin telefon korang mengikut situasi sekeliling anda samada gelap atau cerah.
Apa korang perlu buat:
Tekan Setting > Display/Brightness > Auto-Brightness > On

Selain set kan kepada auto-brightness, singkatkan masa ‘auto-skrin lock’. Ini juga dapat menjimatkan bateri dan bateri telefon korang tahan lama.
#2 Mobile Data
Internet data tak stable juga punca bateri telefon korang tak tahan lama. Macam yang kita tahu, internet data ada
4G
H+
3G
dan banyak lagi lah.
Bila internet data korang tak stable,dari 4G turun 3G, then pergi 4G balik semua ni akan guna tenaga. Jadi idea paling bagus untuk korang tukar guna mobile data ke Wi-Fi yang mana data akan lebih stable dan penggunaan bateri jugak akan berkurang.
#3 Running Application on Background
Tanpa kita sedar ada sesetengah Apps yang kita jarang buka, tapi aktif dan selalu berkerja/working dimana aplikasi ini akan tetap menggunakan tenaga walau telefon dalam keadaan lock skrin. Jadi running application on background juga punca telefon korang cepat habis.
Selalunya Apps ini akan hantar notifications, promotion atau pop-up optimizer kepada korang hampir setiap hari. Apa yang korang boleh buat untuk kurangkan penggunaan bateri, korang UNINSTALL Apps yang tidak guna.
Artikel berkait : cara buang iklan pop-up di telefon

#4 GPS Location
Aplikasi telefon sekarang makin canggih, kita boleh share live location menggunakan WhatsApp, kita dapat order makan thru FoodPanda atau GrabFood. Kita juga dapat track orang sekeliling kita dan yang selalu kita guna aplikasi Google Maps atau Waze. Segala jenis Apps tracking yang menggunakan GPS Location akan menggunakan power consume double daripada Apps lain. Kalau korang perasan telefon korang akan cepat habis bateri bila guna untuk Waze jalan berbanding korang buka aplikasi Facebook atau WhatsApp.
Apa tips untuk korang buat korang boleh turn OFF GPS Location dalam phone setting dan tukar Apps Tracking kepada Ask for Apps Tracking.
#5 Battery Condemn
Kalau semua yang diatas salah, ini antara punca lain bateri telefon korang cepat habis. Bateri telefon korang mungkin telah kondem. Perkara yang ketara bila bateri telefon korang kondem, bateri akan drop laju. Contoh telefon fully charge, guna tak sampai setengah jam dah low balik. Ini memang ketara bateri telefon dah condem.
Bagi masalah bateri kondem, tak lain tak bukan korang terpaksa tukar bateri telefon baru. Bila dah tukar bateri baru pastikan jaga bateri telefon korang. Jangan bagi terlebih charge dan jangan biarkan bateri telefon kosong.
#6 Damage Board Component
Damage Board Component atau komponen board rosak yang menyebabkan bateri telefon cepat panas.
Untuk masalah board damage, memang kena pass kepada yang professional untuk repair. AWAS jangan cuba buat sendiri di rumah,takut nanti bateri telefon meletup. Boleh bawa ke kedai repair phone yang berdekatan dengan rumah korang.
Artikel berkait : Sebab Baiki Telefon Harga Katok
Itu sahaja untuk 6 punca bateri telefon cepat habis, semoga bermanfaat.
