Jadi sebelum berlabuh tirai 2021, kami akan kongsi 5 telefon budget RM500 yang relevant untuk anda beli dan guna edisi 2022 nanti.
Seperti yang kita tahu, telefon menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan sekarang. Tak kira golongan masyarakat dari budak kecil hingga ke golongan warga emas, boleh dikatakan semua lapisan masyarakat pandai menggunakan telefon.
Kadang untuk beli telefon adalah bergantung dengan budget yang kita ada, jadi dalam blog kalini kami akan berkongsi dengan anda 5 telefon apa yang anda boleh dapat dengan budget serendah RM500 edisi 2022.
Artikel berkaitan : 7 Tips Ringkas Beli Smartphone Bagi Yang Tidak Tahu Pasal Telefon
1. OPPO A16

- CPU: Octa-core (4×2.3 GHz Cortex-A53 & 4×1.8 GHz Cortex-A53)
- Chipset: Mediatek Helio G35 (12nm)
- OS: Android 11, ColorOS 11.1
- RAM 3Gb
- Storage 32Gb
- SIM 2: Supported
- Battery : Li-Po 5000 mAh, non-removable
- Colour: Pearl Blue, Space Silver, Crystal Black
Telefon Oppo a16 dikeluarkan pada 17 July 2021 dengan 3D sleek design yang memang cantik. Telefon ini didatangkan dengan 5000mAh kapasiti bateri yang mana boleh tahan selama dua hari dengan penggunaan biasa. Dimana sangat tahan lama.
Terdapat juga fungsi AI Beautification di mana gambar anda akan selalu terlihat cantik dan natural.
Untuk sistem keselamatan pula, terdapat fingerprint sensor di sebelah sisi, jadi anda tak perlu masukkan password untuk unlock telefon.
Kelemahan pada peranti ini cuma storage yang kecil cuma 32gb jadi pengguna perlu selalu clear storage dan backup data yang penting. Yang tak penting boleh terus clear.
Artikel berkaitan : 4 CARA MUDAH NAK CLEAR STORAGE TELEFON
2. Xiaomi Redmi 9C

- CPU : Octa-core (4×2.3 GHz Cortex-A53 & 4×1.8 GHz Cortex-A53)
- Chipset : Mediatek Helio G35 processor
- OS : Android 10, MIUI 12
- RAM : 4Gb
- Storage : 128Gb
- SIM 2: Supported
- Battery : Li-Po 5000 mAh, non-removable
- Charging : 10W
- Colour: Midnight Gray, Sunrise Orange, Twilight Blue
Telefon ini dilancarkan pada 20 June 2020 dan masih bertahan antara 5 Telefon terbaik bawah RM500 edisi 2022. Ini kerana walaupun telefon ini berharga bawah RM500 tapi anda boleh dapat kualiti camera yang terbaik setanding yang harga mahal. Terdapat AI tripe camera, dimana hasilnya adalah sangat cantik. 18MP unutk main camera, 2MP depth sensor dan 2MP macro camera.
Jadi anda boleh hasilkan gambar potrait seperti photographer berpengalaman gitu…
Terdapat juga AI Beautify selfie camera dimana gambar anda terlihat cantik tanpa perlu pakai filter.
Dan yang paling best. telefon ini sangat laju dengan RAM 4GB dan mempunyai storage yang besar iaitu 128GB. Jadi dengan camera yang cantik dan storage yang besar, tak ada masalah untuk anda selalu selfie and tangkap gambar.
Untuk ciri sistem keselamatan pula, terdapat fingerprint sensor, jadi anda tak perlu masukkan password untuk unlock telefon.
Telefon ini juga didatangkan dengan 5000mAh kapasiti bateri yang mana boleh tahan selama dua hari dengan penggunaan biasa. Dimana sangat tahan lama.
Artikel berkaitan : 6 PUNCA BATERI TELEFON CEPAT HABIS
3. Realme Narzo 50i

- CPU : Octa-core CPU, up to 1.6GHz
- OS : realme UI Go Edition (Based on Android 11)
- RAM : 4Gb
- Storage : 64Gb
- SIM 2: Supported
- Battery : Li-Po 5000 mAh, non-removable
- Charging : Reverse charging
- Colour: Midnight Gray, Sunrise Orange, Twilight Blue
Jadi telefon dari realme model Narzo 50i dikeluarkan pada 7 Oktober 2021. Telefon ni adalah telefon terbaik yang bawah RM500. Apa yang best telefon ini berbanding telefon lain dia ada reverse charging. Contohnya anda ada dua telefon, 1 telefon habis bateri dan 1 lagi telefon realme Narzo 50i. Telefon realmi ini anda boleh sambungkan ke telefon satu lagi dan telefon tersebut akan dicas.
Menarik kan…..
Bukan itu sahaja bateri telefon ini jugak tahan lama dengan 5000mAh batery kapasiti. Purata jangka hayat bateri ini dalam 2.5 tahun yang mana susah untuk kondem.
Untuk kamera pulak kamera belakang ialah 8MP AI camera dan kamera depan 5MP AI Selfie Camera.
Telefon ni sesuai untuk aktiviti seharian dan tahu power ke tak power boleh cuba…
4. INFINIX Hot 10

- CPU : Octa-core (2×2.0 GHz Cortex-A75 & 6×1.7 GHz Cortex-A55)
- OS : Android 10, XOS 6.0
- Chipset : Mediatek Helio G70 (12 nm)
- RAM : 3Gb
- Storage : 64Gb
- SIM 2: Supported
- Battery : Li-Po 5000 mAh, non-removable
- Colour: Obsidian Black, Amber Red, Moonlight Jade, Ocean Wave
Telefon keluaran Infinix model hot 10 ini dilancarkan pada 17 September 2020. Telefon ini telah dinaik taraf dari generasi sebelumnya yang mana kalini skrin display makin lebar dan resolusi yang tinggi. Dimana paparan skrin akan jadi lebih jelas dan cantik.
Telefon ni memang sesuai untuk kaki gaming, dimana menggunakan chipset mediatek helio G70 menjadikan telefon anda tidak lag dan smooth semasa bermain game.
Ciri keselamatan yang ada ialah Fingerprint (rear-mounted).
Kekurangan yang pengguna hadapi semasa menggunakan telefon ini adalah speaker dia agak perlahan.
5. Nokia C20

- CPU :Octa-core (4×1.6 GHz Cortex-A55 & 4×1.2 GHz Cortex-A55)
- OS : Android 11 (Go edition)
- Chipset : Unisoc SC9863A (28nm)
- RAM : 2Gb
- Storage : 32Gb
- SIM 2: Not-supported
- Battery : Li-Ion 3000 mAh, removable
- Colour: Sand, Dark Blue
Telefon budget bawah 500 keluaran Nokia, kita ada Nokia C20. Telefon ni sesuai untuk anda guna telefon untuk aktiviti harian biasa, chat dengan kawan-kawan di social media atau buka facebook dan layan youtube.
Tapi telefon ni dia punya RAM cuma 2Gb jadi telefon anda akan slow sikit tapi tu bukan kekurangan sangat untuk anda yang pakai telefon cuma untuk penggunaan biasa.
Jadi telefon ni jugak sangat bagus untuk anda yang cari telefon budget untuk bagi anak guna telefon sebab tak nak berebut telefon dengan mereka.
Artikel berkaitan : PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBELI TELEFON PINTAR
Itu sahaja untuk blog kalini, semoga membantu.