Pengguna smartphone memang selalu hadap masalah bateri telefon condemn. Dah pakai telefon mahal macam mana sekali pun tapi kalau tak jaga bateri memang bateri telefon akan condemn juga. Jika anda selalu ada masalah bateri telefon cepat habis, bateri telefon cepat panas, bateri telefon dah kembung atau nak kemana bawak powerbank, ini tips untuk anda.
‘5 Perkara Jangan Buat Supaya Bateri Telefon Tahan Lama’
Kalau sebelum ni bateri telefon penuh (battery full) tahan dalam 3-4 jam, lepas amalkan tips ini bateri telefon mampu bertahan separuh hari atau lebih. Dan tak perlu tukar bateri baru dah.
#1 Jangan Terlebih Charge
Telefon yang dalam keadaan terlebih charge adalah sangat bahaya. Hal ini kerana ianya boleh menyebabkan bateri kembung. Seperti tadah air dalam baldi. Jika penuh, air mencurah-curah keluar.
Jangan charge telefon ketika hendak tidur dan bangun pagi baru cabut charger. Hal ini kerana telefon akan terlebih charge yang sangat lama. Jika tidak bernasib baik. Telefon boleh meletup. Hati-hati supaya tidak terlalu terlebih charge.

#2 Jangan Cas Telefon Sambil Bermain
Bila korang cas telefon dan biarkan bagi bateri telefon penuh, jadi current akan masuk elok tanpa ada gangguan. Tapi kalau korang cas telefon sambil bermain, dia akan ada pelanggaran current yang masuk dengan current yang keluar.
Ini juga penting untuk anda jaga bateri telefon. Hal ini kerana arus elektrik dalam telefon mengalir keluar dan masuk melalui charger dan bateri. Arus yang keluar untuk bermain dan masuk untuk mengecas mungkin tak sama. Ianya juga akan merosakkan bateri telefon selain menyebabkan telefon panas.
Jika tidak bernasib baik. Telefon anda akan panas dan mungkin mengalami kerosakan pada board telefon. Antara komponen yang sering rosak dan dikaitkan dengan charging dan bateri dalah Charging IC ataupun Power Management IC.
Telefon anda mungkin ada masalah lain nanti. Bukan sahaja bateri kondem

#3 Jangan Biarkan Bateri Telefon Kosong
Telefon ni ada cycle-cyle tertentu pada bateri. kalau bateri kosong kali pertama dikira 1 cycle. Kosong kali kedua, 2 cyle. Kosong kali ketiga adalah 3 cycle dan seterusnya.
Berapa kali cycle pada bateri adalah bergantung pada bateri. Sekiranya anda biarkan bateri kosong mungkin akan mempercepatkan hayat untuk bateri telefon anda kondem.
Seperti bateri kereta. Da habis bateri agak susah untuk charge balik. Melainkan bateri belum habis sepenuhnya.
Cuba elakkan untuk biarkan bateri sehingga kosong. Mungkin boleh charge telefon 10%-20% sebelum kosong.

#4 Jangan Cas Telefon Sembarangan
Jangan charge telefon sembarangan. Maksudnya jangan senang-senang jumpa usb port dan terus charge telefon.
Port usb yang kebiasaannya yang selalu digunakan untuk mengecas telefon adalah seperti Astro decoder, TV, Computer dan device lain yang ada port usb.
Hal ini kerana function untuk usb port tersebut adalah untuk data dan bukan untuk tujuan mengecas. Arus electrik adalah tidak sama. Ini mungkin boleh rosakkan bateri malah telefon.
Untuk charge dalam kereta. Anda perlu membeli Car charger yang memang bertujuan untuk charge dan ada Circuit Protection Technology. Hal ini juga untuk mengelakkan dari pada current yang tak stabil masuk dalam telefon anda.
Bateri rosak. Yang tak best lagi, telefon juga mungkin rosak.

#5 Jangan Guna Charger Murah
Charging telefon setiap model mempunyai teknologi tersendiri. Ini adalah seperti ,SuperVooc, QuickCharge, Adaptive Fast Charging dan SuperFlash Charge.
Jika anda guna charge murah dan anda main sebat je charger mana-mana. Mungkin anda tak dapat gunakan kecanggihan teknologi charging yang ada pada telefon anda.
Untuk elakkan risiko ini anda perlu tahu teknologi charging pada telefon anda. Jika anda nak beli charger yang baru. Boleh cari teknologi yang sama pada telefon anda. Atau boleh beli charger yang original.
Jika telefon anda tiada teknologi fast charging. Anda boleh guna mana-mana plug charge yang berkualiti dan fast charging yang lain. Tapi anda jangan gunakan Plug charger yang murah. Contoh anda beli charge di kedai rm2 plug charger.
Arus electrik mungkin sangat slow. Dan boleh buat bateri kondem. Malah circuit protection juga tiada. Jangan guna charger murah. Cari yang berkualiti.
