Untuk blog kalini, kami nak berkongsi dengan anda 5 jenis file yang ada dalam telefon supaya senang untuk anda bezakan. Setiap file mempunyai fungsi yang berbeza sebagai contoh file untuk gambar tidak sama untuk video.
Jadi kenapa anda perlu tahu semua jenis file ni???
Supaya senang untuk anda buat pengurusan storage telefon.
Contohnya storage telefon full, jadi file apa yang patut anda simpan, file mana yang paling banyak makan storage space dan automatik yang makan storage space banyak akan dibuang. Untuk jimatkan storage space.
Pastinya sebelum buang anda perlu backup file tersebut, jadi tak risau untuk buang sebab file tersebut telah dibackup dan selamat.
ARTIKEL BERKAITAN : 4 CARA MUDAH NAK CLEAR STORAGE TELEFON
FILE GAMBAR
File gambar boleh jadi dalam pelbagai bentuk .png, .jpeg, .jpg atau GIF File.
Bagi yang selalu guna komputer akan perasan perbezaan file gambar ini.
Perbezaan file boleh juga dilihat dari perbezaan kualiti gambar tersebut. Contohnya gambar anda disimpan dalam GIF file, kualiti gambar akan teruk dimana tone warna untuk GIF file cuma ada 256 warna, Pastinya sangat sikit dan tiada kontras.
Dan untuk gambar yang cantik dan kualiti yang baik, beribu tone warna yang akan digunakan.
Kebanyakkan sekarang gambar yang cantik adalah dalam bentuk .jpg atau .jpeg.

FILE AUDIO
Audio file, boleh jadi file lagu, file ‘voicenote’ dari whatsApp atau file sound recorded. Jadi file audio boleh jadi dalam pelbagai bentuk file.
Contoh file audio :
- .mp3
- m4p
- .dss
- .wav
Terdapat banyak lagi jenis file audio.
Setiap file mempunyai kualiti yang berbeza dan support different device. Seperti contoh kalau anda pengguna iPhone, untuk download lagu dari iTunes anda akan guna .m4p file audio. Boleh download dan stream lagu di Apple music.
Bagi sesetengah dari kita sangat familiar dengan .mp3 file kan. File ini ialah MPEG Layer III Audio. Sangat banyak digunakan untuk file audio masa kini.

FILE VIDEO
Setiap video yang anda tonton di telefon, di laptop atau di TV sekali pun mempunyai file format yang berbeza. File video yang anda selalu tonton di social media takkan sama yang ditonton dalam dunia programming.
File yang biasa anda lihat adalah dalam bentuk
- .mp4
- .MOV
- .WMV
- .AVI
- .FLV
- .MKV
Terdapat banyak lagi lah, file format untuk video.
Setiap file format mempunyai berbeza kualiti, untuk video yang berkualiti tinggi, pastinya susah untuk download dimana size file akan jadi makin besar.
Untuk online video yang anda selalu tengok di social media selalunya dalam file .mp4 atau WEBM.
Dan untuk file movie atau video yang high quality selalunya menggunakan .AVI atau .MKV, dimana size file yang sangat besar dan mengambil masa yang lama untuk download.

FILE DOCUMENT
File document dalam telefon, boleh jadi artikel yang anda download dari google, resit transfer online, atau file yang dihantar dalam whatsApp.
Segala yang document yang anda save akan jadi dalam file format tersendiri, contoh :
- .doc
- .zip
- .html
Setiap file mempunyai fungsi yang berbeza, contohnya untuk .doc file anda boleh buka dan edit di microsoft word. Dan file penting atau resit statement bank selalunya dalam bentuk .pdf file.
Bagi .zip file banyak digunakan untuk compress atau gabungkan banyak file dalam satu folder.

FILE KOMPUTER ATAU ANDROID FILE
File computer format, contohnya file itu dari laptop dan dihantar melalui whatsApp, anda taknak format file lari, supaya orang yang terima nanti dapat buka di komputer dia. Atau file attachment di email.
File komputer yang biasa anda guna, atau dapat selalunya dalam bentuk :
- .zip file
- .html file
- .rar file
- .jar file
dan yang selalu ada dalam telefon iaitu android file, contohnya:
- .apk file
- .ipg file
- .xap file
Bagi yang selalu guna komputer anda mesti dah selalu jumpa .zip file kan, dimana kalau anda ingin install software atau combine banyak file dalam satu folder, anda boleh zip file tersebut dan hantar ke whatsApp atau mana-mana medium tanpa jejaskan kualiti dan lari format file.
Dan bagi pengguna smartphone, terutamanya Android user, anda mesti biasa tengok .apk file kan.
.apk File ini adalah Android Application Package yang digunakan oleh Android Operator System yang mana, contohnya anda install aplikasi dalam telefon, jadi anda sebenarnya download .apk file ke dalam telefon. Sama juga bila anda install game, anda akan download game.apk file ke dalam telefon.

Itu sahaja 5 file yang anda perlu tahu, yang selalu ada dalam telefon anda. Untuk anda delete dan clear space storage bolehlah pilih file yang bersize besar. Sebab, makin besar file tersebut, makin banyak storage space yang dia pakai.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Nak Clear Storage Telefon Android OPPO VIVO REALME HUAWEI