Masalah telefon rosak boleh terjadi bila-bila masa dan di mana sahaja. Seperti contoh telefon anda tiba-tiba gelap dan tak dapat dihidupkan. Bawa datang kedai baiki telefon, technician minta untuk reset telefon. Segala data peribadi yang ada dalam telefon akan hilang.
Dan ada banyak kes lagi yang mana data dalam telefon memang tidak dapat diselamatkan. Contoh lain, telefon anda hilang atau jatuh dimana-mana dan tak jumpa. Kalau anda memang jenis yang tak pernah backup data dalam telefon, segala data dan gambar kenangan yang ada dalam telefon akan turut hilang bersama telefon.
Jadi dalam blog kalini, kami di Bomomobile akan berkongsi dengan anda 5 benda penting yang mana anda perlu selalu backup sebelum telefon anda rosak.
Artikel Berkaitan : 3 CARA BACKUP DAN SIMPAN FILE DALAM TELEFON
#1 BACKUP WHATSAPP
WhatsApp antara aplikasi yang anda selalu guna. Jadi banyak data yang penting yang ada tersimpan dalam aplikasi WhatApp. Contoh file dan data yang selalu ada dalam WhatApp:
PDPR (kerja sekolah anak) – Disebabkan covid-19 sekarang, sekolah anak anda terpaksa ditutup. Dan digantikan dengan online class, atau kelas atas talian. Jadi group WhatApp akan digunakan oleh cikgu-cikgu untuk hantar kerja sekolah anak anda. Selalunya kerja sekolah akan dihantar dalam bentuk file pdf atau link.
FILE KERJA – Sekarang ramai yang buat side income dengan join online business ataupun ada yang terpaksa kerja dari rumah. Jadi File kerja, gambar-gambar produk atau chat-chat customer banyak disimpan di aplikasi WhatsApp.
Ini antara benda yang penting untuk anda backup. Setelah anda backup WhatApp segala file penting, gambar penting dan conversation history akan selamat.
ARTIKEL BERKAITAN : CARA BACKUP WHATSAPP KE GOOGLE DRIVE
#2 BACKUP CONTACT
Contact atau kenalan yang anda simpan dalam telefon boleh hilang kalau anda tak backup. Rugilah kalau lost contact. Contoh macam contact number kawan-kawan time belajar, contact kenalan time buat kerja part time. Terpaksa kena cari balik di media social untuk terus contact.
Pengajarannya rajin-rajinkan lah untuk selalu backup contact anda, tambah-tambah yang selalu berbusiness di WhatsApp.
Bila hilang contact number customer, memang susah nak kumpul dan dapatkan balik, alih-alih dah hilang pelangan.
#3 BACKUP GAMBAR DAN VIDEO
Jadi dalam telefon anda memang ada banyak moment-moment yang anda simpan kan…
Gambar masa bercuti dengan family, gambar jalan-jalan dengan kawan ataupun moment istimewa bersama kesayangan. Jadi kalau semua gambar ini hilang, memang semua kenangan akan turut hilang.
Jadi sangat-sangat penting untuk anda backup gambar dan video. Anda boleh backup di SD Card, Google Drive atau mana-mana tempat yang ada rasa selamat.
Ada juga situasi dimana memory storage telefon dah penuh, terpaksa kena clear storage. Jadi bila dah backup gambar dan video, anda tak perlu lagi risau untuk clear storage dan delete gambar dan video yang mana boleh menjimatkan space storage.
ARTIKEL BERKAITAN : CARA NAK CLEAR STORAGE TELEFON
#4 BACKUP FILE DAN DOCUMENT
File dan document yang mana boleh jadi. resit pembayaran dari customer sebagai bukti pembelian, boleh jadi juga file kerja atau apa-apa file urusan.
File boleh jadi dalam bentuk .pdf atau .doc.
Bila sesuatu yang tak diingini berlaku segala bukti atau file yang dibackup boleh dibuka dan check balik dan segala bukti masih selamat.
Ini adalah sebab pentingnya anda selalu backup data dalam telefon, supaya semua data selamat.
# LOGIN ACCESS
Login access ini adalah username dan password media sosial anda, atau maklumat online bankin atau detail apa-apa akaun milik anda.
Bila telefon dah rosak, anda terpasa tukar telefon baru atau telefon boleh dibaiki tetapi data anda telah hilang.
Masa ni anda akan rasa pentingnya untuk backup logic access.
Sebelum telefon anda rosak, segala password dah set ke autosaved. Jadi bila anda nak buka Facebook contohnya, anda cuma perlu tekan aplikasi facebook dan terus masuk ke akaun facebook anda.
Tapi bila dah tukar telefon baru, anda terpaksa masukkan balik username dan password, dimana kalau anda lupa kemungkinan besar akaun sosial anda akan hilang.
Jadi penting untuk backup login access di tempat lain.
