4 TIPS PENJAGAAN CHARGING PIN Leave a comment

Hari ini kami akan bercerita dan kongsi tips penjagaan charging pin. Kenapa penting untuk anda jaga charging pin dari rosak atau longar.

Charging pin, atau selalu kita panggil tempat mengecas atau lubang mengecas, sangat penting untuk kita jaga. Sebabnya, kalau tempat mengecas , charging pin dah rosak atau longgar, telefon anda akan ada masalah mengecas. Antaranya :

  1. cas dapat masuk tapi lambat penuh.
  2. cas dapat masuk tapi kena tindih dengan buku masa cas.
  3. cas dapat masuk tapi kalau tersentuh telefon sikit terus tak masuk cas.
  4. telefon mati habis bateri tak dapat dihidupkan.

Sebagai pengguna smartphone atau telefon cap ayam sekali pun, anda perlu tahu cara yang betul untuk jaga charging pin dari rosak.

Antara perkara yang kena elak supaya charging pin tidak rosak :

#1 Cas telefon di tempat selamat

Pastikan cas telefon anda di tempat yang selamat, dikhuatiri telefon anda jatuh semasa mengecas. Jangan sesekali cas telefon dan tinggal di atas plug charging, jika telefon anda terima SMS, atau Call, telefon anda akan bergetar (vibrate) dan boleh jatuh ke bawah.

Pastinya charging pin akan tertarik dan bergerak. Bila dah charging pin bergerak, memang akan timbul lah masalah charging susah masuk, atau kena tindih dengan buku baru cas masuk.

Artikel berkaitan : Sebab Baiki Telefon Harga Katok

cas telefon di tempat selamat

#2 Guna Cable type yang betul

Terdapat 3 jenis cable atau wayar mengecas yang digunakan oleh pengguna smartphone untuk cas telefon.

  1. Cable type micro USB
  2. Cable type Apple Lightning
  3. Cable type C

Kalau anda perasan ketiga-tiga jenis cable ini mempunyai bentuk yang berbeza. Jadi masalah yang selalu berlaku, bila anda cas telefon dengan cable yang salah.

Bukan sahaja cas telefon tak masuk, tapi tempat mengecas atau lubang mengecas jugak akan rosak.

Biasanya kalau anda fikir cable dah betul, jadi anda mesti akan cuba tolak atau tekan jugak bagi masuk. Akhirnya, cable cas tetap tak boleh masuk, dan charging pin anda akan longgar dan rosak.

guna cable type betul

#3 Cabut cable menggunakan dua tangan

Ini juga penting dan perlu dijadikan habit anda. Bila dah fully charging dan bateri telefon dah penuh, pastikan untuk guna dua tangan untuk cabut cable.

Kenapa kena cabut pakai dua tangan? Sebab kita nak cabut bagi terus tercabut. Jangan sesekali cabut pakai satu tangan, untuk elakkan charging pin dari bergoyang.

cabut cable menggunakan dua tangan

#4 Jangan bermain semasa mengecas

Penting!

Selalu kita dengar pelbagai bahaya berlaku bila main telefon sambil mengecas, antaranya telefon boleh meletup. Tapi tahu tak kenapa telefon kita boleh meletup?

Sebabnya berlaku short circuit atau overheat semasa mengecas. Puncanya, semasa mengecas dia akan hasilkan heat dan ditambah lagi dengan heat atau haba semasa bermain game.

Artikel berkaitan : 6 Punca Bateri Telefon Cepat Habis

Antara bahaya lain bila cas sambil bermain telefon, telefon kita selalu bergerak ikut, gerakan tangan anda kan. Bila dah lenguh ubah kedudukan dan cable jugak akan turut ikut.

Jadi charging pin, atau tempat cas akan turut bergerak, akhirnya charging pin longar dan susah masuk cas.

bermain telefon sambil mengecas

Sekian untuk perkongsian kali ini, harap dapat membantu korang untuk jaga telefon dari cepat rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close