Untuk blog kalini, Team Bomomobile nak berkongsi dengan anda 4 tanda bateri telefon anda sudah rosak. Pastinya tips kalini sangat berguna untuk anda tahu.
Masalah bateri rosak selalu terjadi dan ramai pelangan kami yang datang ke kedai mengadu bateri cepat habis, bateri kong atau bateri handphone tak masuk cas.
Bila cerita punya cerita rupanya bateri telefon pelanggan kami dah rosak.
Barikut adalah tanda bateri handphone rosak. Tanda bateri iphone rosak atau tanda bateri android rosak adalah sama, jadi tips ini boleh digunakan untuk pengguna iphone dan android.
#1 BATERI TELEFON CEPAT PANAS
Kalau anda perasan, bila anda main telefon sekejap terus telefon jadi panas. Tambah-tambah time anda main game, atau buka banyak Apps dalam satu masa. Rasa macam nak meletup tangan.
Ini adalah salah satu tanda yang bateri telefon anda dah bermasalah iaitu bateri overheat.
Cara untuk kurangkan overheat, anda kena kerap clear aplikasi supaya bateri sentiasa stabil.
Artikel berkaitan : 6 Punca Bateri Telefon Cepat Habis

#2 TEEFON MATI SEBELUM BATERI KOSONG
Sesetengah pengguna handphone akan alami masalah ini, walaupun bateri masih banyak tapi telefon tetap mati. Bila nak hidupkan balik, keluar logo “batery low”.
Selalunya kalau dah jadi macam ini, sah-sah sekarang bateri telefon anda dah rosak. Kalau nak hidupkan telefon perlu cas dan baru dapat guna.
Lagi teruk, untuk elakkan telefon dari cepat OFF, anda terpaksa selalu guna powerbank. Supaya bateri telefon tak turun. Hmmm, kadang mesti penat nak bawak kesana-kesini dengan powerbank kan.

#3 BATERI TELEFON CEPAT HABIS
Bateri telefon sebelum ni boleh tahan 3 – 4 jam kalau guna, tapi akhir-akhir ni boleh guna setengah jam lepas tu terus low.
Kalini bateri anda mungkin dah kondem atau selalu orang panggil bateri kong. Battery condemn selalu terjadi bila batery cepat drain selalunya berlaku disebabkan selalu main game sambil cas telefon atau cas berlebihan.
Artikel berkaitan : 5 Perkara Jangan Buat Untuk Bateri Telefon Tahan Lama

#4 BATERI TELEFON KEMBUNG
Penting!
Bahaya bateri handphone kembung.
Bila bateri dah start kembung, cepat-cepat tukar bateri baru.
Kenapa? apa jadi kalau tak tukar bateri baru?
Bateri telefon anda kembung, boleh bagi kesan pada skrin.
Sekarang ini kebanyakkan telefon guna built-in bateri, bila bateri kembung, ruang tempat bateri dah tak muat. Jadi bateri akan kembung hingga tolak bahagian skrin.
Secara tak langsung, skrin akan tercabut atau pecah.
Dari masalah bateri tak pasal-pasal kena bayar lebih untuk baiki skrin pulak.

Itu sahaja untuk blog kalini, jika telefon anda ada tanda-tanda macam yang diatas, boleh terus bawa ke kedai baiki telefon berdekatan.
Smartphone sekarang kebanyak dah siap built-in batery jadi, agak susah unrtuk anda tukar bateri telefon sendiri.
Kesimpulanya, bagi technician yang pakar untuk selesaikan masalah anda. Bagi anda yang berada di kelantan dan tinggal di Kuala Krai, boleh walk-in ke kedai kami Bomomobile, Kuala Krai.
Pastinya kami akan bantu selesaikan masalah anda. Semoga tips kalini membantu anda untuk jaga telefon dengan baik.