4 TANDA ANDA PATUT TUKAR SKRIN LCD TELEFON Leave a comment

Hari ini kami nak berkongsi dengan anda, 4 tanda-tanda yang anda patut tukar skrin telefon baru. Seperti anda tahu, skrin telefon sekarang atau smartphone direka dengan skrin sesentuh. Dan selalunya menggunakan LCD skrin.

Masalah skrin selalu berpunca dari kecuaian manusia sendiri :

  1. Telefon terjatuh di permukaan keras
  2. Telefon tersepit
  3. Terkena daya yang kuat pada skrin
  4. Telefon masuk air

Antara sebab kecuaian ini, skrin telefon akan bermasalah.

Jom Team Bomomobile kongsi 4 tanda-tanda anda perlu tukar skrin.

Kalau telefon anda ada simpton-simpton seperti disebut, jangan tunggu lama-lama. Perlu cepat bawa ke kedai baiki telefon berdekatan.

Antara tanda anda kena tukar skrin telefon baru :

#1 Ghost Touch

Ghost touch atau skrin sesentuh bergerak sendiri seolah macam anda yang menyentuhnya.

Sabar…

Jangan nak takut, ini bukan disebabkan hantu yang tekan skrin cuma skrin ada ada masalah sesentuh.

Paling jelas berlaku, bila anda nak taip mesej atau chat anda akan perasan benda ni. Bila dah tekan A tapi skrin bergerak sendiri dan tekan G. Atau pun bila anda tekan aplikasi WhatsApp tapi dia akan terbuka aplikasi Facebook.

Telefon anda mungkin pernah tersepit dan tekanan pada permukaan skrin menyebabkan skrin anda bermasalah.

ghost touch

#2 SKRIN TELEFON BERGARIS

Punca garis pada skrin telefon disebabkan kerosakkan pada skrin LCD dimana skrin LCD telah rosak atau pecah akibat hentakan. Selalunya masalah ini berlaku disebabkan telefon sering terjatuh.

Garis ini akan mengganggu sentuhan pada skrin telefon anda, dimana skrin akan kurang sensitif pada sentuhan atau beberapa bahagian pada skrin tidak dapat disentuh langsung.

skrin bergaris

#3 SKRIN TIDAK BOLEH DISENTUH

Pada tahap ini, telefon anda dalam keadaan tidak dapat digunakan lagi. Bila skrin tidak boleh disentuh, macam mana nak guna kan..

  • nak angkat call tak dapat
  • nak chat lagi la tak dapat

Jadi dalam situasi ini, anda memang terpaksa tukar skrin telefon untuk guna telefon.

Punca skrin sesentuh tidak boleh disentuh, disebabkan skrin telefon terkena tekanan yang tinggi, atau berada apa kedudukan yang tinggi.

skrin telefon tidak boleh disentuh

#4 SKRIN TELEFON RETAK ATAU PECAH

Skrin telefon retak atau pecah adalah masalah yang selalu berlaku pada skrin telefon. Ya, ada sesetengah telefon mengalami masalah skrin retak boleh digunakan lagi.

Tapi…

Jangan tunggu skrin telefon anda retak hingga hilang paparan skrin baru nak tukar skrin.

Anda perlu fikirkan jugak keselamatan anda, dimana bila skrin telefon retak, kaca yang ada pada skrin boleh lukakan jari.

Tambah lagi bila anak kecil yang guna, boleh bahayakan anak anda.

skrin telefon retak

Sekian perkongsian 4 tanda-tanda anda patut tukar skrin telefon baru. Semoga membantu, dan bagi yang berdekatan dengan kami team Bomomobile, Kuala Krai, anda boleh bawa ke kedai kami dan dapatkan diskaun potongan harga baiki skrin sebanyak RM20. Untuk lebih info boleh klik link : Potongan Harga Baiki Skrin RM20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close