Masalah storage memory full, masalah memory penuh, insufficient storage. Sering dihadapi oleh pengguna smartphone. Ini adalah kerana size storage kecil sudah tentu tak mencukupi kerana penggunaan storage yang besar dalam apps dan juga camera dan video. Selalu dapat pop up storan penuh. Memory penuh.
4 cara anda boleh buat selesaikan masalah memory telefon penuh, memory full atau pun insufficient storage.
#1. Delete File Bersize Besar
Benda paling basic korang kena tahu size video berbeza dengan size image. Mungkin size untuk satu file video adalah 10 kali ganda lagi besar dari size untuk size image. Dan makin panjang durations atau makin elok kualiti video, maka makin besar size untuk satu video.
Jadi contoh dekat disini korang ada dua file,
1 file video bersize 54MB
1 file gambar bersize 2MB
korang rasa file mana yang berbaloi untuk dibuang bagi jimat storage??
Tentulah file video yang bersize 54MB kan.

Contoh dalam gambar diatas, size video 563MB, size yang sangat besar dan banyak space yang digunakan.
#2. Clear Apps Cache dan Storage
Clear apps cache dan storage yang ada di applications dalam telefon korang.

Satu benda yang korang perlu tahu, bila korang clear cache dan storage history ataupun search data account akan hilang. Maksudnya segala saved password media social korang akan hilang. Tapi itu bukan masalah besar, korang cuma perlu login balik akaun sosial contoh akaun Facebook, Tiktok atau lain2 media social. Dan dapat guna seperti biasa.

Pastikan ingat email address dan password akaun social.
Nak clear cache dan storage ni simple, apa korang kena buat..
Tekan Setting > Application > Storage > Clear Storage/Cache
Korang boleh tengok gambar before clear cache dan selepas clear cache, memang nampak storage yang digunakan dah berkurang.


#3. Tukar Memory Card Baru
Sayang nak delete file video atau gambar, nak simpan semua kenangan yang ada dalam telefon. Korang boleh tukar sahaja memory card baru. Cara ni memang berkesan dan mudah, tak perlu nak pilih gambar mana yang nak kena simpan. segala file korang jugak pastinya selamat.
Artikel berkait : 3 Cara Backup dan Simpan File dalam Telefon
Cara ni memang bagus, tapi korang perlu keluarkan duit sikit untuk beli memory card baru. Pastikan korang transfer gambar-gambar dan video serta file yang nak simpan ke memory card. Dan cabut memory card dan gantikan dengan memory card baru. Jimat masa korang.
#4. Backup File ke Google Drive
Untuk backup file ke google drive, korang perlu pastikan korang ingat email address dan password.
Step untuk simpan file ke google drive :
Install google drive ke playstore > upload file, gambar or video ke google drive.
Bila dah siap simpan di google drive korang boleh buka balik file tersebut di mana-mana jenis device dengan hanya login google drive account.
Artikel berkait : Cara Backup WhatApps ke Google Drive
Sekian 4 cara mudah nak clear storage telefon, semoga membantu.
