Dark Light

4 CARA ANDA BOLEH BACKUP DATA IPHONE ANDA Leave a comment

Dengan kamera yang cantik dan kualiti gambar yang baik, memang sayanglah kan kalau semua gambar yang disimpan dalam telefon iPhone anda hilang. Tambah-tambah lagi bila anda tak pernah backup data telefon. Kemungkinan besar bila telefon iPhone anda rosak, segala kenangan yang disimpan dalam telefon akan hilang begitu sahaja.

Jadi penting….

Bagi pengguna iPhone , untuk anda backup data dalam telefon anda. Jika telefon anda rosak dan anda terpaksa beli telefon lain, segala data yang dibackup boleh diakses dan digunakan balik.

Jom team Bomomobile kongsi dengan anda ‘Cara Backup Data dalam iPhone Anda’ supaya data dan file anda selamat. Pastinya cara backup iPhone berbeza dengan Android phone. Jadi anda perlu tahu cara yang betul untuk backup data telefon anda.

ARTIKEL BERKAITAN : 3 CARA BACKUP DAN SIMPAN FILE TELEFON ANDROID

#1 BACKUP DATA DI iCloud

Ramai pengguna iPhone pikir yang data mereka akan automatik backup ke iCloud. Tapi cuma 5GB storage yang boleh dibackup percuma. Kalau iPhone anda mempunyai storage yang besar

16GB

32GB

64GB

dan pastinya 5GB backup storage percuma tidak memadai untuk anda simpan data di iCloud. Jadi untuk terus simpan data di iCloud, anda terpaksa keluarkan sedikit modal. Bayaran setiap bulan, untuk pastikan segala data yang ada dalam telefon dibackup sepenuhnya.

Kelebihan menggunakan iCloud, sangat-sangat convenient dan jimat masa.

#2 BACKUP DATA DI iTunes

iTunes boleh dijadikan tempat untuk anda backup data. Applikasi iTunes boleh digunakan untuk kedua-dua, Macintosh dan Windows. Jadi korang cuma perlu download iTunes ke laptop atau pun macbook korang, sambungkan dengan iCloud.

Time ni, penting untuk anda ingat Apple ID dan password.

Bila dah login Apple ID anda di iTunes, sekarang segala data dalam telefon boleh didownload ke laptop dan macbook. Sekarang data anda dalam telefon telah selamat dibackup ke laptop.

#3 BACKUP KE OTG PENDRIVE FLASH DRIVE

OTG Pendrive sama fungsi dengan pendrive yang selalu anda guna. Tapi bezanya OTG pendrive boleh cucuk di telefon anda terus bukan ke laptop. Untuk pengguna iPhone, selalu anda akan transfer files dari iPhone anda ke laptop dan transfer lagi sekali data ke pendrive. Sekarang tak perlu lagi nak susah-susah.

Anda boleh cucuk OTG pendrive di iPhone dan terus transfer data masuk ke pendrive. Untuk size storage, OTG Pendrive ada banyak saiz storage, dan untuk harga anda boleh search di Shopee atau Lazada.

#4 BACKUP GAMBAR DI Google Photos

Untuk simpan gambar dan video yang ada dalam iPhone, anda boleh guna Google Photos. Google Photos memberi storage percuma sebanyak 15GB. Jadi anda cuma perlu ada google akaun dan download google photos ke iPhone anda.

Seterusnya ikut step yang diberikan untuk sync gambar dan video dari photo gallery ke google photos.

Itu sahaja unruk 4 cara backup data telefon iPhone. Semoga dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SHOPPING CART

close