Pernah alami tak, telefon korang rosak bila pergi kedai repair, Technician cakap ‘data dalam telefon ni mungkin akan hilang’. Mulalah korang start gelabah, alamak banyak gambar dan video time belajar dulu, banyak file penting yang tak backup atau banyak contact number yang ada dalam telefon. Masa tu nak atau tak nak memang korang terpaksa melepaskan semua data yang ada dalam phone, untuk baiki telefon.
Sebelum benda macam ni terkena pada korang, jom Team Bomomobile kongsi cara mudah untuk backup File/Data dalam telefon. Kalau nanti telefon korang rosak atau hilang, cara ini pastinya dapat selamatkan Data korang dari turut hilang.
#1 Backup Data Dalam SD Card
Simpan atau backup Data ke dalam SD Card atau selalu kita panggil memory card, adalah salah satu cara backup Data dengan selamat. Seperti yang kita tahu storage telefon ada dua:
Internal Storage – storage atau memory yang memang sedia ada didalam telefon. Bagi telefon canggih sekarang, terdapat pelbagai saiz storage yang sedia ada.
32GB
64GB
128GB
256GB
512GB
Makin besar Storage telefon makin banyak Data korang boleh simpan.
External Storage – storage atau memory yang kita ADD atau tambah, selalunya kita akan guna SD Card yang mempunyai pelbagai saiz storage untuk menampung Data didalam telefon.
Kedua-dua jenis Storage mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menyimpan Data. JIka korang menyimpan Data dalam internal storage, dan telefon korang tiba-tiba rosak. Korang perlu membaiki telefon terlebih dahulu untuk dapatkan Data. Sebaliknya, kalau korang simpan Data dalam SD Card, korang cuma perlu cabut SD Card dan masukkan ke dalam telefon lain atau baru. Dan segala Data korang masih ada dan selamat.
Artikel berkait : Tips ringkas beli Smartphone untuk Newbie
Cara yang mudah untuk setkan gambar dan video masuk terus ke dalam SD Card.
CAMERA > SETTING > SAVE FILE LOCATION > SD CARD

#2 Backup Gambar dan Data menggunakan OTG
Siapa dulu pernah transfer Data atau gambar dari telefon ke laptop menggunakan USB Cable then transfer pulak Data atau gambar ke pendrive, untuk pastikan gambar-gambar semua dapat tersimpan elok dan selamat. Yes kita boleh transfer Data ke Laptop menggunakan USB tapi proses dia sangat lama. Bagi transfer gambar korang ke yang hampir 10 ribu ke laptop akan mengambil masa berjam-jam untuk siap. Dan tak habis sampai situ, korang terpaksa transfer lagi sekali Data atau gambar ke pendrive. Segala proses ini akan jadi mudah kalau korang guna OTG.
Sebelum kita cerita kelebihan OTG, jom kita kenal apa itu On The Go atau selalu orang panggil OTG.

Ini adalah rupa USB OTG , dimana korang hanya perlu cucuk kepada telefon korang dan pastikan satu lagi cucuk kepada pendrive bagi tujuan transfer Data dan gambar direct ke pendrive. Sekarang korang tak perlu gunakan laptop lagi sebagai medium perantaraan untuk transfer Data atau gambar dari telefon.
#3 Backup Data atau Gambar ke dalam Google Drive
Cara yang ketiga untuk korang backup gambar atau file korang supaya selamat, korang boleh simpan di Google Drive. Apa yang best jika korang simpan File atau gambar di Google Drive, korang tak perlu keluarkan duit untuk membeli device bagi menyimpan gambar atau Data. Korang cuma perlu daftar akaun Gmail dan korang akan mendapat FREE 15GB Storage untuk korang simpan Gambar atau File.
PERKARA PENTING KORANG CUMA PERLU INGAT PASSWORD GMAIL UNTUK ACCESS GOOGLE DRIVE
Korang boleh INSTALL GOOGLE DRIVE di PLAYSTORE.
Cara Untuk simpan file sangat mudah.
TEKAN OPEN GOOGLE DRIVE > SELECT FILE >UPLOAD


Kelebihan menggunakan Google Drive, korang boleh access gambar atau File yang ada di Google Drive menggunakan telefon lain atau laptop. Gambar korang akan sentiasa ada tetapi
Artikel berkaitan : Cara backup whatsapp ke Google Drive
PENTING UNTUK KORANG INGAT PASSWORD
Itu sahaja 3 cara untuk backup FIle Dalam Telefon, semoga dengan 3 cara ini segala Data dan gambar korang akan sentiasa ada dan selamat.
